Awas! 10 Makanan & Minuman Yang Bahaya Untuk Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Awas! 10 Makanan & Minuman Yang Bahaya Untuk Kucing

Share

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik kucing ‘ditemani’ oleh si bulus ketika waktu makan. Walaupun baru sahaja memberi si bulus anda makan, ia tetap juga berminat dengan menu yang ada di pinggan anda.

Untuk pengetahuan anda, berkongsi makanan dengan si bulus tidak menjadi masalah malah baik untuk merapatkan lagi hubungan antara anda dan si bulus. Cuma anda harus berhati-hati kerana sesetengah makanan dan minuman manusia mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan si bulus.

Berikut adalah 10 makanan yang harus anda elakkan daripada beri kepada si bulus anda:

1. Produk susu lembu

Majoriti kucing adalah lactose intolerant, bermakna mempunyai alahan terhadap makanan dan minuman yang berlaktosa – termaksuk susu lembu. Ini boleh menyebabkan diarrhea kepada kucing anda.

 

2. Daging mentah

Daging mentah mempunyai banyak bakteria di dalamnya yang boleh membahayakan kesihatan si bulus.

3. Bawang putih dan bawang merah

Kedua-duanya mengandungi tiosulfat yang boleh menyebabkan masalah serius kepada kucing anda.

 

5. Alkohol

Seperti manusia, alkohol juga tidak sihat buat si bulus dan boleh menyebabkan kematian.

5. Hati

Hati boleh menyebabkan kucing mendapat vitamin A yang berlebihan daripada dos yang sepatutnya.

 

6. Telur mentah

Putih telur yang mentah mengandungi avidin yang boleh menghalang penyerapan khasiat seperti biotin, vitamin B yang penting bagi tubuh si bulus.

7. Anggur dan kismis

Kedua-dua makanan ini tidak baik untuk si bulus kerana boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

 

8. Kafein

Boleh menyebabkan si bulus hiperaktif hingga berlaku kekejangan.

9. Coklat

Coklat boleh menyebabkan kegagalan jantung si bulus.

 

10. Tulang

Jangan sesekali bagi sisa tulang kepada si bulus kerana ia mampu melukakan mulutnya dan merosakkan perut si bulus.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!