Awas! 6 Tanda Si Bulus Diserang Kanser - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Awas! 6 Tanda Si Bulus Diserang Kanser

Share
Doktor Haiwan

Pernahkah terlintas di fikiran anda bagaimana kesan awal kanser pada si bulus dapat dikesan? Lebih menyukarkan lagi jika kucing anda sememangnya seekor yang aktif walaupun dalam keadaan tidak sihat. Pastinya, si pemilik akan beranggapan haiwan peliharaan mereka berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pemilik supaya peka dengan kesihatan si bulus, lebih-lebih lagi terhadap penyakit yang serius seperti kanser.

Bagaimana caranya untuk kita mengesan simptom kanser pada si bulus? Ikuti perkongsian di bawah.

1. NOD LIMPA MEMBENGKAK

Kucing mempunyai kelenjar yang mengeliling seluruh badannya. Untuk mengenal pasti nod limpa yang bengkak, lihat pada rahang atau belakang lututnya. Jika nod limpa ini semakin membesar, maka ia akan dikategorikan sebagai pembiakan kanser, iaitu Limfoma. Kucing anda disarankan untuk membuat biopsi terlebih dahulu.

2. BENJOLAN MEMBESAR

Sekiranya benjolan pada si bulus semakin membesar, segeralah membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera daripada yang pakar. Ini kerana benjolan tersebut akan lebih membesar dalam jangka masa singkat.

3. KEMBUNG PERUT

Perubahan pada bentuk badan kucing anda juga kerana tumbesaran tumor yang berlaku pada abdomen si bulus sehingga mengakibatkan pendarahan. Maka, rawatan ultra bunyi dan radiograf adalah solusi yang disarankan.

4. PENURUNAN BERAT BADAN KETARA

Kerap periksa pola pemakanan si bulus anda kerana kucing yang menghidap kanser biasanya akan mengalami penunurunan berat badan yang ketara.

5. MUNTAH DAN CIRIT BIRIT YANG KRONIK

Si bulus akan mengalami cirit birit dan muntah-muntah yang kronik dan dipercayai berpunca daripada saluran gastrousus. Radiograf, ultrabunyi dan endoskopi biasanya akan menjadi resolusi pilihan.

6. PENDARAHAN TANPA SEBAB

Pendarahan yang berlaku pada bahagian mulut, hidung, kemaluan dan gusi. Ia (pendarahan) biasanya dapat dikesan ketika usia muda kucing anda. Sekiranya pendarahan ini berlaku bukan disebabkan trauma, maka anda perlu membawa kucing anda kepada Pakar.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!