Awas! Kenali Tumbuhan Beracun Yang Bahaya Buat Si Bulus - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Awas! Kenali Tumbuhan Beracun Yang Bahaya Buat Si Bulus

Avatar
Share

Secara semula jadi kucing memang suka mengunyah tumbuhan dan herba kerana ia merupakan satu terapi kesihatan yang mampu memberi kesan baik pada sistem penghadaman, mengeluarkan gumpalan bulu (hairball) dan sebagainya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Bagaimanapun, anda perlu hati-hati. Bukan semua tumbuhan selamat untuk kucing khususnya yang beracun

Pemilik kucing haruslah menitikberatkan aspek ini agar tidak memudaratkan kesihatan kucing mereka dengan melakukan penyelidikan pada setiap tumbuhan dalam rumah untuk melihat jika ia adalah selamat untuk si bulus anda.

Sekiranya kucing anda telah mengunyah tumbuhan dan herba yang beracun, segeralah membawa kucing anda ke doktor haiwan berhampiran. Pilihan terletak pada setiap pemilik kucing.

Kajian Pakar

Menurut kajian dan penyelidikan University Of Maryland Cooperative Extension, tumbuhan ‘tiger lilies’ adalah sangat beracun kepada kucing. Mereka turut menasihatkan pemilik kucing untuk mengawasi dan mencegah kucing mereka daripada tumbuhan dan herba yang mengandungi toksik seperti Azaleas, Kekwa, Hydrangeas, Iris, Ivies, Lantanas, Teratai, Marigolds dan Wisteria. Kebanyakan tanaman di luar sana adalah penyumbang utama kepada kucing yang mengalami keracunan selepas mengunyahnya.

Jika anda terasa ‘berat’ untuk membuang tumbuh-tumbuhan ini, anda boleh menggunakan alternatif lain dengan membasahkan daun atau akar tanaman itu dan melindunginya bersama cili merah bagi menghilangkan keinginan si bulus anda untuk mengunyahnya.

Jenis Tumbuh-tumbuhan

Selain itu, ada sesetengah tumbuhan biasa yang mengandungi racun dan berbahaya kepada kucing tetapi masih menjadi kegemaran kucing anda untuk mengunyah. Menurut UC Davis Scool of Veterinary Medicine, antara tumbuhan yang berbahaya itu adalah English Yew, Jimson Weed, Nicotiana Plants, Poison Hemlock, Tree Tobacco. Sekiranya anda masih mahu menyimpan tanaman ini, pastikan ia sukar untuk dicapai oleh kucing-kucing anda.

Selalunya bukan mudah untuk mengesan sama ada kucing anda mengalami keracunan atau diserang sakit kerana banyak tanda-tanda lazim seperti cirit-birit, lesu, kemurungan, air liur berlebihan dan muntah pada peringkat awal.  Sekiranya tidak dirawat, masalah akan berlarutan dan boleh meningkat ke tahap bahaya.

Sekiranya kucing anda kelihatan sakit, cuba jejaki dari mana kucing anda datang atau bermain, sama ada berdekatan dengan tumbuhan yang beracun atau tidak. Semak semula status atau nota tentang tanaman-tanaman yang berhampiran rumah anda jika ia mengandungi toksik yang berbahaya kepada kucing.

Apabila kucing mengalami keracunan, simptom awal yang sering terjadi adalah sawan, mengigil dan semakin lesu. Terdapat beberapa kes apabila kucing tidak menunjukkan sebarang perubahan serius akibat keracunan dari tumbuhan yang dimakan. Malangnya jika lambat diselamatkan,  kucing anda yang boleh mengakibatkan kegagalan organ berfungsi dan mengundang maut.

Justeru itu, jika anda mengesyaki kucing anda mengalami keracunan, segera hubungi doktor haiwan berhampiran atau membuat panggilan kepada talian kecemasan (haiwan peliharaan) yang kini telah wujud di Malaysia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!