Bagaimana Kehidupan Kita Jika Tiada Kucing Di Dunia - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Bagaimana Kehidupan Kita Jika Tiada Kucing Di Dunia

Share

Cat-astrophe! Itulah satu perkataan yang boleh digambarkan jika kucing tiba-tiba pupus dari dunia. Manusia sangat memerlukan kucing untuk survive di muka bumi.

Tanpa kucing, kita sebenarnya berdepan dengan ancaman yang sangat besar yang mampu menggugat spesis manusia.

Teruskan membaca untuk mengetahui kenapa manusia akan terancam jika kucing tiba-tiba pupus dari dunia ini.

Sebagai pemangsa, kucing domestik berada di tangga ke 5 bagi peratusan kejayaan memburu dengan 32% kadar kejayaan, lebih hebat berbanding saudaranya yang lebih besar, singa (25%) dan harimau belang (5%).

Kucing mengahbiskan masa sehariannya dengan tidur selama 16 jam, manakala baki masa adalah waktu untuknya bermain, meneroka, dan memburu.

Berdasarkan statistik, kucing memburu kira-kira 20 bilion mamalia kecil setiap tahun. Ini termasuk mamalia yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia, tikus.

Sehelai bulu tikus mempunyai beribu-ribu patogen yang mengandungi pelbagai virus dan bakteria.

Bukan itu saja, najisnya juga boleh menjadi pembunuh. Hanya dengan bernafas di kawasan yang telah dicemari najisnya sahaja boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Sepasang tikus boleh menghasilkan 2,000 kelahiran setahun dan jika dikira dalam tempoh tiga tahun, hampir setengah bilion keturunan tikus akan dilahirkan oleh sepasang tikus!

Tanpa kucing, jumlah tikus tidak akan terkawal dan mamalia tersebut akan bermaharajalela di muka bumi ini.

Pada tahun 1985 di Pulau Macquarie, saintis memulakan proses penghapusan kucing di pulau itu dengan memandulkan dan menangkap kucing-kucing di situ bagi melindungi salah satu haiwan yang menjadi mangsa kucing di pulau itu, sejenis burung laut.

Pada tahun 2000, kucing telah berjaya dihapuskan sepenuhnya di Pulau Macquarie.

Tetapi, jumlah arnab dan tikus di kawasan itu mula bertambah secara drastik akibat ketiadaan pemangsa mereka, kucing.

Jumlah arnab yang banyak menyebabkan tumbuh-tumbuhan di pulau tersebut berkurang dengan banyaknya sehingga merosakkan lanskap pulau.

Dan ironinya, burung laut yang ingin dilindungi akhirnya menjadi mangsa buat tikus-tikus yang semakin berganda-ganda jumlahnya.

Sehingaa kini manusia masih belum menemukan jalan penyelesaian kepada masalah tikus.

Walaupun teknologi sudah berkembang dan maju, kita masih kalah dengan kepantasan pembiakan tikus. Jadi hanya kucing yang mampu menjadi harapan kita dalam ‘perang’ ini.

Jika kucing anda membawa pulang ‘hadiah’ berupa tikus kepada anda, hargailah kesungguhannya pemberiannya itu kerana ia sebenarnya sedang dalam misi menyelamatkan dunia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!