Bagaimana Nak Tukar Diet Dry Food Kepada Wet Food Dan Sebaliknya? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bagaimana Nak Tukar Diet Dry Food Kepada Wet Food Dan Sebaliknya?

Share
Kucing

Dalam bab pemakanan, kucing adalah haiwan yang sangat memilih dan cerewet mengenai selera mereka. Jika terdapat sedikit perkara yang mereka tidak gemar tentang makanan yang diberi sebagai contoh bekas yang kotor atau makanan bercampur dengan ubat, mereka tidak akan menyentuh langsung makanan yang diberi.

Tetapi kadang kala, anda harus menukar diet si bulus daripada makanan kering kepada makanan basah atau makanan basah kepada makanan kering atas sebab-sebab tertentu, kemungkinan atas nasihat doktor dan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Untuk menukar diet si bulus, anda harus lakukan dengan cara yang betul kerana perubahan secara mendadak boleh membuatkan si bulus tidak mahu makan.

Lakukan Secara Berperingkat

Untuk menukar diet si bulus, anda tidak boleh melakukannya dalam tempoh semalaman. Menukar dietnya memerlukan masa dan kesabaran kerana ia sudah biasa dengan makanan yang sering anda berikan. Anda boleh mencuba teknik mencampurkan makanan basah dan kering secara berperingkat sehingga berjaya menukar dietnya sepenuhnya.

Sebagai contoh, jika anda ingin menukar daripada makanan basah kepada makanan kering, mulakan dengan mencampurkan 20% makanan kering dalam makanan basah selama tiga ke tujuh hari dan tingkatkan jumlah makanan kering kepada 40%, 60%, 80% dan 100% setiap lima ke tujuh hari.

Kenalpasti Kecenderungan Si Bulus

Kadang-kadang, ada juga kucing yang gemar makanannya dipanaskan sedikit atau lokasi atau jenis bekas makanan yang digemarinya. Cuba anda faham apa yang kucing anda mahukan dan tunaikan segala apa yang diinginkannya.

Gunakan Kreativiti

Jika kucing anda jenis cerewet, anda boleh cuba jadikan masa makan menarik untuknya. Sebagai contoh, pelbagai alat permainan yang dijual di pasaran yang bertujuan meningkatkan minat si bulus untuk makan seperti bola yang mengeluarkan kibble apabila si bulus bermain dengannya atau food maze.

Jangan Paksa

Jika kucing anda jenis yang tidak memilih dan makan apa saja yang anda berikan, anda sememangnya beruntung. Tetapi jika ia cerewet, jangan sesekali membiarkan kucing anda kelaparan dengan tidak memberinya pilihan. Jika anda mahu menukar dari makanan basah ke makanan yang kering, jangan secara mendadak meletakkan sepenuhnya makanan kering dan membiarkan saja kucing anda kelaparan dan berfikiran bahawa “nanti dia lapar dia makanlah tu.”

Kucing yang kelaparan mampu memberi kesan kepada kesihatannya dan boleh menyebabkan stress. Lebih teruk lagi, kucing anda akan diserang penyakit yang boleh membawa maut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!