"Bagi Aku Katil Besar, Kau Ambil Katil Kecil" - Kucing Ini Tunjukkan 'Who's The Boss' Pada Si Anjing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

“Bagi Aku Katil Besar, Kau Ambil Katil Kecil” – Kucing Ini Tunjukkan ‘Who’s The Boss’ Pada Si Anjing

Share

Jika anda ada membela banyak kucing atau haiwan-haiwan lain di rumah, pasti akan ada seekor yang menjadi ‘alpha‘ atau lebih dominan daripada yang lain dan bertindak seakan-akan ketua kepada rumah.

Seorang pengguna Tik Tok, Andrea Ver Meer berkongsi telatah lucu kucingnya yang berlagak seperti ‘bos’ terhadap anjingnya.

Ketika anjingnya sedang lena dan selesa berehat di katil yang besar, kucingnya merasakan bahawa ia mahukan katil tersebut dan terus menyuruh si anjing berpindah ke katil yang lebih kecil.

Anjing berkenaan terus menurut sahaja perintah kucing dan berganjak daripada kacil besar ke katil yang lebih kecil.

Netizen terhibur dengan telatah kedua-dua rakan itu dan ada yang berseloroh berkata: “setidak-tidaknya kucing tersebut mempunyai hati yang baik dan menyediakan katil lain sebelum menghalau anjing tersebut.”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!