Bahasa Badan Kucing Dan Maksudnya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Kesihatan

Bahasa Badan Kucing Dan Maksudnya

Share

Selain dari bersuara, kucing juga menggunakan bahasa badan mereka untuk berkomunikasi.

Bagi mereka yang merupakan pencinta kucing, sudah tentu anda boleh memahami apa yang kucing anda ingin sampaikan. Tetapi bagi mereka yang mula bermesra dengan kucing, anda pasti keliru dengan apa yang kucing anda ingin katakan.

Bahasa kucing sebenarnya tidaklah payah untuk difahami, kita sebagai manusia boleh terus nampak apa yang ingin disampaikan.

Dengan cara mempelajari bahasa kucing ini, hubungan kita dengan si bulus akan menjadi lebih rapat dan boleh mengelakkan dari apa-apa perkara yang di anggap sebagai ancaman. Ia adalah untuk keselamatan kita dan ia juga.

Bergolek dan tunjuk perut

Perwatakan kucing adalah berbeza dengan anjing. Walaupun kedua-dua tunjuk posisi yang sama, namun ia mempunyai maksud yang lain.

Kalau seperti anjing, ia meminta kita menggosok perutnya. Namun kucing, ia adalah tanda mereka bersedia untuk lawan.

Kita mungkin lihat ia bergolek seperti ingin dimanjakan, namun itu merupakan taktik ia untuk mengumpan kita. Apabila kita pergi dekat dengan ia dan mula menggosok perutnya, ia akan serang.

Tetapi ada juga kucing tunjuk perut apabila ia sedang rileks dan tenang, tetapi disarankan jangan kacau kucing tersebut ketika sedang rehat kerana ia boleh merosakkannya moodnya.

Namun begitu, ia juga penting untuk anda sendiri kenali watak kucing anda. Kerana ia mungkin menunjukkan maksud yang lain.

Kelipan mata secara perlahan

Apabila kucing menyapa kucing yang lain atau manusia, mereka akan berkelip mata secara perlahan. Apabila kita melihatnya, seolah-olah kucing itu sedang mengantuk. Namun itu merupakan petanda yang mereka sayangkan kita.

Ini adalah kerana, apabila kucing tersebut menutup matanya, ia merupakan petanda bahawa mereka percayakan antara satu sama lain. Sama juga seperti harimau, apabila ia menutup matanya maknanya ia sedang tenang dan percaya dirinya selamat.

Seperti yang kita tahu, kucing dan harimau adalah dalam golongan pemangsa. Jadi mereka akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mata mereka akan tajam dalam mencari mangsa mereka.

Selain itu mata mereka juga sentiasa berwaspada dengan sekeliling, berhati-hati jika mereka merasakan bahaya. Disebabkan itulah apabila harimau dan kucing mula menutup mata, mereka percaya bahawa mereka selamat dan siapa-siapa yang mendekati mereka tidak akan menyerang mereka.

Pergerakan ekor

Cara ekor mereka bergerak juga salah satu cara untuk kita mengetahui apa yang kucing itu sedang rasa.

  • Apabila ekornya berada pada paras yang tinggi, itu bermaksud mereka sedang berkeyakinan tinggi.
  • Jika ekornya mula melilit badan kucing lain atau kaki manusia, itu petanda mereka sedang mesra. Kita boleh gosok kepala mereka atau bawah dagu mereka.
  • Apabila ekornya berada di antara kakinya, seperti sedang sorok ekornya, itu bermaksud mereka sedang gelisah dan tiada keyakinan.
  • Kita harus berhati-hati apabila ekornya muka menegak dan bulunya mula mengembang, itu bermakna kucing anda rasa seperti terancam dan mungkin bila-bila sama sahaja akan serang. Perwatakan ini kita boleh perhatikan apabila mereka sedang bermain dengan serius.
  • Namun, ia akan jadi lebih bahaya apabila badan belakangnya mula melengkung, bulu di tubuh badannya mula menegak dan kuku mula keluar. Apabila keadaan menjadi begini, kita disarankan supaya berjauhan dengan kucing. Itu bermaksud mereka suruh kita berjauhan dengannya.

Pandangan mata

Walaupun kebanyakan orang mentafsirkan pandangan mata yang dalam merupakan cara untuk menunjukkan kasih sayang, namun bagi kucing, ia menjadikan mereka merasakan terancam.

Disebabkan itulah, kadang kala kita akan nampak kucing memandang seseorang atau seseekor yang lain dengan pandangan mata yang dalam. Dan pandangan mata tersebut akan terus mengikuti orang itu.

Selain itu, kita juga boleh perhatikan dari bentuk anak mata mereka. Apabila kucing tersebut dalam keadaan takut, anak matanya akan membesar. Ini terjadi kerana mereka inginkan mengambil sebanyak mungkin maklumat persekitaran di situ.

Apabila mereka ingin marah, anak mata mereka akan mengecil. Ini menunjukkan mereka akan memberikan perhatian lebih terhadap sesuatu benda dan melihat benda tersebut dengan lebih jelas.

Namun begitu, perubahan anak mata mereka juga dipengaruhi oleh kadar pengcahayaan. Apabila waktu malam, kita dapat lihat mata kucing tersebut akan menjadi bulat dan besar. Berbeza pada waktu siang di mana ia lebih tajam dan panjang.

Cara percakapan

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, kucing sebenarnya hanya ‘meow’ kepada manusia. Apabila mereka sesama sendiri, mereka lebih gunakan suara ‘purr’ untuk berkomunikasi.

Sebab-sebab mereka ‘meow’ kepada manusia adalah kerana sama ada mereka inginkan perhatian, menyapa manusia, meminta makanan, approval, dan pelbagai lagi. Oleh kerana kucing ini makhluk yang bijak, mereka tahu bahawa suara mereka mampu menarik perhatian manusia.

Antara suara-suara kucing yang patut kita memahami dan perhatikan adalah seperti berikut:

  • ‘Purring’ selalunya menunjukkan bahawa kucing itu kepuasan dan juga petanda bahawa kucing tersebut sedang selesa.
  • Suara ‘gurgling’ yang tinggi atau sebarang bentuk perbualan menunjukkan mereka sedang mesra
  • Jika mereka ‘Growling’, ‘hissing’ atau ‘spitting’, menandakan bahawa mereka ingin yang lain jauh dari mereka.
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

2 Comments

  1. Anonymous April 4, 2020

    Cara mengubati kucing selsema?

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!