Bahaya Virus Parvo Kepada Kucing, Boleh Menyebabkan Kematian - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bahaya Virus Parvo Kepada Kucing, Boleh Menyebabkan Kematian

Ain Huda
Share

Feline Infection Enteritis (FIE) atau Feline Panleukopenia virus yang bahaya kepada kucing. Virus ini juga dikenali sebagai virus parvo yang mempunyai daya tahan yang kuat, serangan yang cepat dan boleh hidup dalam masa yang lama.

Virus ini boleh menyebabkan kematian kepada kucing terutama anak kucing dan kucing dewasa yang tidak divaksin. Virus parvo tidak boleh berjangkit kepada manusia dan anjing. Tetapi Canine Parvovirus iaitu virus anjing boleh menjangkiti kucing.

Kucing Yang Dijangkiti Virus Parvo

Virus ini mudah menyerang kucing yang berpunca daripada persekitaran tercemar dengan najis yang mempunyai virus parvo berbanding jangkitan secara terus daripada kucing lain. Najis yang mempunyai virus parvo boleh menyerang kucing dalam masa beberapa hari hingga enam minggu.

Virus parvo boleh hidup di persekitaran selama setahun dan untuk menghilangkan virus ini memerlukan kuman khas.

Kucing yang mempunyai antibodi lemah lebih mudah diserang seperti anak kucing yang kurang menyusu ibu semasa umur empat hingga 12 minggu dan kucing dewasa yang tidak divaksin.

Tanda-Tanda Virus Parvo

Tanda-tanda kucing yang dijangkiti virus parvo adalah

  • Suhu badan tidak menentu. Jangkitan pada peringkat awal suhu badan kucing tinggi dan berkurang pada hari seterusnya
  • Mulut basah dan keluarkan buih
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit berdarah
  • Tiada tenaga. Tidak makan dan minum seperti biasa

Sesetengah kucing yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda seperti di atas malah kucing mati secara tiba-tiba.

Jika virus menyerang kucing yang bunting, anak kucing yang dilahirkan mungkin mempunyai masalah otak dan tidak mampu berjalan dengan betul kerana tidak mampu seimbangkan badan.

Rawatan Virus Parvo

Apabila kucing di hantar ke klinik haiwan, doktor mengambil sampel darah dan najis untuk rawatan seterusnya.

Jika kucing sudah mati, doktor akan mengambil sampel usus untuk pengesahan serangan virus.

Masih tiada penawar untuk virus parvo ini tetapi anda boleh buat rawatan awal jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda. Kebanyakan kucing sihat setelah diberi penjagaan rapi, terapi penambah cecair dan penjagaan makanan yang betul.

Virus ini tidak berkesan dengan antibiotik tetapi veterinar akan memberi antibiotik untuk melawan penyakit lain.

Vaksin kepada kucing sangat penting. Vaksin pertama yang perlu dibuat semasa kucing berumur lapan atau sembilan minggu dan seterusnya mengikut saranan doktor.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!