Bahayakah Cakaran Kucing Kepada Manusia? Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bahayakah Cakaran Kucing Kepada Manusia?

Share

Terkena cakaran kucing adalah perkara yang biasa bagi pemilik-pemilik kucing dan kesan cakaran seperti sudah sebati dengan diri pemilik kucing terutama di bahagian tangan. Tidak kisahlah sama ada sengaja atau tidak, pemilik kucing pasti pernah dicakar oleh kucing mereka walau sekali.

Cakaran kucing kadang kala hanya sekadar sedikit carikan di permukaan kulit dan adakalanya ia sangat teruk sehingga menusuk ke dalam daging dan memerlukan rawatan segera.

Ramai pemilik kucing sebenarnya yang tidak sedar akan bahaya cakaran kucing dan menyangka bahawa ia boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan daripada doktor.

Namun, cakaran kucing sebenarnya memberi peluang kepada kuman untuk memasuki tubuh anda. Kucing kadang kalamembawa bakteria yang dipanggil Bartonella Henselae, walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit.

Bakteria tersebut disebarkan oleh kutu, dan ketika kucing menggaru dirinya, bakteria ini terperangkap di bawah kukunya. Apabila kucing mencakar anda, terdapat kemungkinan bakteria tersebut memasuki saluran darah anda, yang berpotensi menyebabkan kelenjar nodus limfa (lymph nodes) membesar berhampiran tempat jangkitan, demam, sakit kepala, dan banyak lagi.

Cara Mengelakkan Diri Dari Dicakari

Untuk mengelakkan diri dari dicakari kucing adalah hampir mustahil kerana anda tidak mampu menjangka si bulus anda.

  • Perhatikan kucing anda. Jika ia kelihatan moody atau marah, jangan cuba menyentuh atau membelainya
  • Cuba bermain secara lembut dengannya. Jika kucing anda memang gemar bermain secara agresif, pakai sarung tangan atau baju lengan panjang
  • Apabila bermain, gunakan alat permainan yang tidak membuatkan anda menyentuhnya secara langsung seperti laser atau taser
  • Potong kuku kucing anda  apabila panjang. Tetapi pastikan anda potong dengan cara yang betul.

Cara Merawat Cakaran Kucing

Ikuti langkah-langkah ini jika anda terkena cakaran si bulus

  • Perhatikan luka tersebut sama ada serius atau tidak. Sekiranya hanya calar ringan, cukup untuk anda basuh dengan sabun dan air. Sekiranya perlu, letak kain bersih dan kering pada luka sehingga berhenti berdarah.
  • Sapukan krim antibiotik pada luka, tutup dengan pembalut kering dan bersih, dan biarkan sembuh. Sentiasa perhatikan jika ia membengkak, kemerahan, sakit, dan tanda jangkitan lain yang tidak normal.
  • Beri perhatian lebih terhadap luka di tangan dan kaki kerana dua kawasan ini sentiasa bersentuhan dengan permukaan berbanding kawasan lain. Jadi luka di sini terdedah kepada kadar jangkitan yang lebih tinggi.
  • Begitu juga jika yang dicakar adalah kanak-kanak, warga tua atau mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah, beri perhatian lebih dan seeloknya terus berjumpa doktor.
  • Jika anda dicakar di bahagian mata, terus berjumpa doktor.

Adakah Membuang Kuku (Declawing) Menyelesaikan Masalah Ini?

Terdapat pemilik kucing yang membuat keputusan untuk declaw kucing mereka kerana kucing mereka sangat agresif dan sentiasa merosakkan barang-barang atau perabot di rumah.

Namun perbuatan ini sebenarnya adalah salah satu bentuk kekejaman terhadap haiwan dan membahayakan kucing itu sendiri. Kucing yang sudah declaw, ibarat tulang terakhir mereka di bahagian jari kaki dipotong. Ini diibaratkan seperti manusia yang dipotong jarinya.

Proses declawing boleh menyebabkan kerosakan saraf, bone spurs (pertumbuhan tulang tajam kecil), kelesuan, dan sakit belakang kerana perubahan pada gaya berjalan kucing.

Selain itu, sekiranya kucing yang telah declaw terlepas ke luar rumah dan bertemu dengan pemangsa atau musuh, ia tidak akan dapat memepertahankan dirinya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!