Bahayakah Jika Kucing Selalu Muntah? Ketahui Sebab Dan Cara Atasi - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bahayakah Jika Kucing Selalu Muntah? Ketahui Sebab Dan Cara Atasi

Avatar
Share

Sebagai pemilik kucing, pastinya kita akan merasa risau jika melihat si bulus kesayangan muntah, terutama sekali jika ia muntah bukan disebabkan hairball.

Apakah sebab-sebab yang membuatkan kucing muntah? Adakah anda perlu risau jika kucing anda muntah? Jom teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penyebab Kucing Muntah

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan si bulus muntah. Jika kucing anda muntah, perhatikan warna dan 

Kucing juga boleh muntah jika terlalu banyak makan. Kucing yang terlalu kenyang akan memuntahkan makanannya kembali kerana perut mereka tidak dapat menampung terlalu banyak makanan.

Jika kucing anda gemar mengunyah atau memakan benda asing seperti tisu, kertas, plastik atau lain-lain, perkara itu juga boleh menyebabkan kucing anda muntah. 

Selain itu, kucing juga boleh muntah kerana sakit, dijangkiti virus ataupun keracunan.

Contohnya, kucing yang muntah lendir berkemungkinan dijangkiti radang usus. Kucing yang memuntahkan cairan kuning pula berkemungkinan mempunyai masalah hati.

Kucing boleh terkena keracunan daripada bahan pembersih rumah yang anda gunakan. Jika anda sedang membersihkan rumah atau mengemop lantai, asingkan kucing anda daripada kawasan yang sedang anda bersihkan.

Gejala Kucing Muntah Akibat Sakit

Menurut doktor haiwan, William Folger, jika kucing muntah sebanyak satu hingga tiga kali dalam sebulan, ia adalah masih normal.

Namun, anda harus perhatikan muntah kucing anda untuk mengetahui sama ada itu adalah muntah biasa atau disebabkan ia sakit.

Kucing yang sakit akan menunjukkan simptom-simptom tertentu seperti berasa gelisah, sukar tidur, dan nafas yang kuat.

Selain itu, bunyi meow kucing yang sakit akan kedengaran berbeza daripada kebiasaan, beratnya akan menurun dan air liur kucing yang sakit akan keluar secara berlebihan.

Jika kucing anda sering muntah, perhatikan juga jika terdapat simptom-simpton lain supaya doktor haiwan mudah untuk mendiagnos penyakit kucing anda.

Cara Atasi Kucing Muntah

  • Selain makanan, pastikan kucing anda mempunyai air yang cukup terutamanya jika mereka kerap muntah, kerana ia membuatkan badan mereka kekurangan air atau dehidrasi.
  • Simpan benda-benda seperti tisu, kertas, plastik atau benda yang ia suka kunyah di tempat yang tersembunyi dan selamat dan pastikan anda memberinya makanan yang bernutrisi tinggi.
  • Jika kucing anda kerap muntah akibat kekenyangan atau makan terlalu cepat, kurangkan bahagian makanannya dan awasinya ketika ia  makan supaya ia tidak makan dengan terburu-buru.
  • Jika kucing anda kerap muntah akibat hairball, rajinkan diri anda menyikat bulunya atau menghantarnya untuk grooming supaya ia tidak tertelan bulunya ketika menjilat diri.

Jika kucing anda muntah, jangan terus panik dan cuba kenal pasti dahulu apa yang membuatkannya muntah. Perhatikan warna dan bentuk muntahnya supaya mudah untuk anda mendapatkan konsultasi daripada doktor haiwan.

[Sumber: bobo.id]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!