5 Fakta Baka Bambino - Keturunan Kucing Yang Tidak Disengajakan );

Type to search

5 Fakta Baka Bambino – Keturunan Kucing Yang Tidak Disengajakan

Baka Haimeow

5 Fakta Baka Bambino – Keturunan Kucing Yang Tidak Disengajakan

Rizal Zainal
Share
bambino

Kucing yang sinonim dengan panggilan ‘si bulus’ merupakan haiwan yang sangat disayangi ramai kerana wajah comel yang dimiliki.

Begitu juga dengan kucing jenis munchkin, baka jenis ini sangat digemari ramai kerana saiz dan pergerakannya yang sangat comel meskipun secara kronologinya, kucing jenis ini merupakan seekor kucing yang cacat kerana dilahirkan dengan kaki yang pendek.

Walupun begitu, ianya tetap menjadi pilihan kucing kegemaran ramai dan harga jualannya di pasaran boleh mencecah satu sehingga tiga ribu ringgit seekor.

Seekor lagi keturunan kucing yang berasal daripada jenis munchkin iaitu Bambino turut didatangi dengan kaki pendek dan uniknya, kucing ini dilahirkan tanpa sehelai bulu di badannya.

Berminat untuk bela kucing jenis bambino, tetapi tak tahu asal usul keturunan dan cara penjagaan?

Kali ini penulis ingin kongsikan 5 fakta ataupun info yang perlu diketahui sebelum anda membelanya.

 

Hasil Campuran Baka Kucing Sphynx dan Munchkin.

bambino

Bambino bermaksud ‘bayi’ dalam Bahasa Itali dan antara sebab mengapa nama ini diberi kepadanya adalah kerana saiz dan fizikalnya.

Merupakan gabungan antara dua baka iaitu kucing sphynx dan munchkin, ia mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Russia oleh sepasang suami isteri yang membiak kucing jenis ini tanpa sengaja.

 

Sejenis Haiwan Indoor

Bambino

Oleh kerana badannya yang togel tanpa sebarang bulu, kucing bambino merupakan jenis baka yang sesuai dibela di dalam rumah.

Ini bermaksud, kucing ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi oleh tuan pemiliknya.

Meskipun dilahirkan tanpa sebarang bulu, tidak bermaksud ianya sejenis haiwan lasak dan boleh survive seperti kucing kampung ye..

Segala keperluan kucing di rumah seperti litter box, pasir najis, bekas makanan dan minuman perlu disediakan sebelum anda membela kucing jenis ini.

 

Harus Kerap Dimandikan

bambino

Meskipun hanya dipenuhi lapisan kulit, kucing ini perlu dimandikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi mengelakkan mereka dijangkiti kuman.

Jika terlalu lama terdedah kepada sinaran uv matahari, ia akan mengakibatkan permukaan kulit mereka berminyak dan tidak sekata.

Jangan ada yang sapukan sunscreen pada mereka sudahlah ye!

 

Ceria dan Bertenaga

bambino

Jika dilihat pada wajah dan pergerakan kucing jenis bambino, pasti anda akan terfikir bahawa kucing ini merupakan jenis pemalas dan tidak aktif di siang hari kan?

Segala pernyataan di atas sama sekali tidak benar dan langsung tidak masuk akal.

Kucing bambino merupakan baka yang sangat aktif dan suka bermain. Pendek kata, ia mewarisi sifat keturunannya, munchkin.

Meskipun berkaki pendek, penulis berani jamin yang anda bakal terhibur melihat gelagat dan aksi nakal si comel ini.

Untuk lebih jelas, anda boleh tekan pautan link ini untuk melihat aksi dan gelagat kucing berkenaan. youtube.com

 

Mudah Diserang Penyakit

Sama seperti kucing munchkin, bambino juga berpotensi besar untuk diserang penyakit lordosis yang akan mengakibatkan tulang belakang mereka bengkok dan akan meninggalkan kesan pada bahagian organ yang lain.

Jangan ingat kucing tanpa bulu ini mudah untuk dijaga ye.. lagi-lagi baka jenis ‘rare’ seperti ini sebenarnya agak rumit untuk dijaga.

Satu lagi penyakit yang cukup terkenal di kalangan kucing bambino ini adalah Pectus excavatum. Penyakit ini akan mengganggu saluran pernafasan, kehilangan selera makan dan seterusnya mengakibatkan penurunan berat badan melampau.

Cuma satu je yang penulis ingin katakan, kalau bela kucing baka bambino ni kira settle la masalah bulu kucing bersepah di karpet rumah kan? 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!