8 Fakta Tentang Kucing Toybob Yang Dianggap Tidak Membesar );

Type to search

Baka Haimeow

8 Fakta Tentang Kucing Toybob Yang Dianggap Tidak Membesar

Share
kucing toybob

Kucing yang dilihat mempunyai saiz yang kecil ini selalu dikelirukan dengan Munchkin tapi ia sebenarnya Toybob.

Jika anda perhatikan betul-betul, sentuhan keriting pada ekor kucing Toybob yang pendek itu telah menjadi faktor utama yang membezakan dirinya dengan baka kucing kecil yang lain.

Coretan kali ini, penulis akan berkongsi dengan pembaca setia HM fakta tentang kucing baka Toybob.

kucing toybob

Sumber foto: Facebook / Toybob: World’s Smallest Cat Breed

1. Sejarah

Keturunan ini berasal pada tahun 1988 di kediaman Elena Krasnichenko, penternak Bobtail Thailand dari Rostov-on-Don di Rusia.

Toybob merupakan antara baka yang dikenali dengan badannya yang tidak akan membesar lebih daripada seekor anak kucing. Walaupun saiznya kecil, baka ini mempunyai tubuh badan yang padat.

Elena yang pada mulanya bertemu dengan baka yang seakan kucing Siam ini mendapati satu kelainan padanya iaitu pada ekornya. Matanya juga kelihatan sangat ekspresif seperti burung hantu.

kucing toybob

2. Keturunan sendiri

Ekor kucing Toybob yang sedikit keriting, bergumpal dan pendek mungkin membuatkan anda berfikir bahawa dia adalah anak bobcat.

Tetapi sebenarnya, ia tidak mempunyai apa apa campuran, 100% keturunan sendiri.

Mutasi ekornya berbeza dengan Manx atau American Bobtail, dan dia tidak mempunyai kaitan dengan keturunan kucing lain.

3. Kekal seperti anak kucing

Anda mungkin tidak akan percaya, tetapi berat bagi kucing Toybob dewasa antara 1 hingga 2 kg, dan kaki mereka setinggi panjang dengan badan mereka.

Secara purata, saiz Toybobs bersamaan dengan anak kucing berusia 3 hingga 4 bulan!

Saiznya yang kecil tidak menyebabkan masalah kesihatan. Bahkan dibiakkan agar menjadi kucing yang sihat, kuat dan mempunyai jangka hayat selama 15 tahun.

4. Mudah didandan

Seperti baka lain, kucing Toybob terdapat dalam jenis shorthair dan semi-longhair.

Shorthair mempunyai hanya memerlukan sikat sekali atau dua kali seminggu, sementara semi-longhair senang diuruskan kerana bulunya bebas dari kekusutan yang hanya memerlukan dandanan sikat secara mingguan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis baka ini sering mengalami perubahan musim yang boleh menyebabkan bulunya gugur tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

5. Pentingnya ekor 

Seekor kucing Toybob mempunyai panjang ekor dari 1 hingga 3 inci dan terdiri daripada 3 atau lebih vertebra (tulang kecil).

Tetapi tidak semua ekor mereka sama. Ada yang muncul dalam bentuk kontot (bulat bob) atau pendek biasa, sementara yang lain muncul seperti bengkok.

Dari segi standard Toybob, ini semua okay.

Sekiranya berlaku ketiadaan vertebra atau ekor mahupun ekornya panjang, ia dianggap cacat dalam dunia kucing Toybob.

6. Suka bermain 

Toybobs mempunyai kelincahan ketika bermain, jadi jangan terkejut apabila mendapati dia tiba-tiba memanjat ke atas kepala anda dalam diam.

Mempunyai kaki yang ringan membuatkannya senang bergerak. 

Salah satu bonus buat catparents yang membela toybob, baka ini tidak pernah benar-benar melepasi fasa anak kucing, jadi tahap tenaga mereka tetap tinggi walaupun mereka mencapai usia tua!

7. Kucing yang setia

Baka ini sangat setia dan menyayangi keluarganya. Mereka juga tiada masalah untuk berkawan sekiranya terdapat haiwan peliharaan lain di sekelilingnya.

Sebenarnya, jika anda tidak akan berada di sekitar, mereka lebih suka ditinggalkan di rumah dengan rakan kucing, dan sikap lembut Toybob menjadikan mereka pilihan yang tepat untuk bermain dengan anak-anak, orang tua dan semua orang.

8. Pelindung

Mereka mungkin kecil, tetapi Toybob mempunyai semangat pelindung dan akan bertindak sebagai pengawal kepada orang yang mereka gemari.

Mereka bahkan sanggup berlawan seperti pegawai polis berbulu!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!