Baka Cantik Dan Popular Di Malaysia Ramai Yang MIliki );

Type to search

Baka Haimeow

Baka Cantik Dan Popular Di Malaysia

Share

Dalam dunia ini banyak sangat baka kucing yang cantik. Pelbagai nama dan rupa kucing dijumpai. Tetapi tidak semua orang mampu memiliki baka kucing yang mahal dan unik hingga mendapat gelaran kucing paling cantik. Kebanyakan baka kucing yang bernilai tinggi ini mempunyai perangai yang manja dan perlu dijaga rapi.

Memandangkan terlalu banyak baka yang cantik, HaiMeow kongsikan dua baka kucing yang popular di Malaysia. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki kucing baka ini yang bernama Ku Jeling dan Ku Juling.

British Shorthair

Anggaran harga baka British Shorthair boleh mencecah RM 5 ribu. Baka yang dikatakan berasal dari Eropah dan diimport ke British ini memiliki keistimewaan tersendiri antaranya bulu yang lebat, badan yang montel, ekor panjang dan muka lebar. Kebanyakan British Shorthair berwarna ‘British Blue’ dan mata oren seperti tembaga. Disebabkan muka yang lebar, British Shorthair seperti mempunyai pipi yang tembam.

 

Scottish Fold

Berasal dari Skotlandia. Kewujudan baka Scottish Fold berpunca seorang penternak terjumpa seekor kucing putih yang mempunyai telinga berlipat dan diberi nama Susie. Susie memiliki dua ekor anak yang juga mempunyai telinga berlipat. Sehingga kini, baka telinga berlipat ini menjadi rebutan para pecinta kucing dan harganya boleh mencecah RM10 ribu. Selain telinga yang istimewa, Scottish Fold mata yang cantik seperti patung mainan. Sebab tu ramai yang geram dengan baka ini!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!