7 Baka Kucing Yang Paling Banyak Dibela Dan Diminati Oleh Rakyat Malaysia );

Type to search

Baka Haimeow

7 Baka Kucing Yang Paling Banyak Dibela Dan Diminati Oleh Rakyat Malaysia

Share
baka kucing

Umumnya, terdapat hampir 60  jenis baka kucing yang ada di seluruh dunia. Namun, terdapat 7 baka kucing yang paling banyak dibela dan diminati oleh rakyat Malaysia.

Korang nak tahu tak jenis baka kucing apa yang selalu dibela di negara kita? Jom ketahui dan lihat satu persatu bagaimana rupa 8 baka kucing tersebut.

kucing

Maine Coon

Penggemar kucing mesti tahu tentang baka kucing jenis maine coon ini. Kucing yang bersaiz besar ini merupakan baka kucing yang paling popular di dunia kerana kecomelannya dan saiznya yang agak besar membuatkan seseoraang individu itu berasa geram dengannya. 

Berat kucing maine coon ini boleh mencecah sehingga 12 kilogram seekor. Berat bukan? Itu yang membuatkan kucing ini digemari oleh semua.

Walaupun raut muka kucing ini agak bengis dan garang, sebenarnya ia sangat manja dan senang didekati berbanding dengan kucing lain.

Maine coon ini mempunyai bulu yang panjang dan tebal. Bulu di lehernya amat kembang dan menyerupai bulu pada leher singa.

Kucing berbaka maine coon ini berasal daripada Amerika Syarikat dan kini telah dibiakkan di Malaysia oleh penggemar kucing. Jangka hayat bagi kucing ini sekitar 13 tahun.

baka kucing

Parsi/Parsian

Kuicng berbaka persian atau parsi ini merupakan kucing yang berbulu panjang dengan muncungnya yang pendek .

Kucing ini juga dikenali sebagai ‘british longhair’ di negara-negara barat. Kucing ini telah dianggap mewah sejak abad ke-19. 

Baka jenis kucing yang bermuka rata ini mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan. Penyakit buah pinggang polikistik keturunan dan penyakit hati adalah lazim bagi baka ini.


Baca juga: 10 Baka Kucing Dengan Jangka Umur Terpanjang


baka kucing

Ragdoll

Nama kucing berbaka ragdoll ini berasal daripada sifatnya yang rapuh dan santai. Mata kucing ini yang berwarna biru membuatkannya kelihatan lebih menawan.

Si bulus comel ini memerlukan penjagaan yang minimun supaya sentiasa dalam keadaan baik. Sifatnya yang manja dan baik membuatkan dirinya senang didekati dan digemari ramai. 

Kucing jenis ragdoll ini juga boleh mencecah sehingga 20 paun seekor. Kucing ini mempunyai jangka hayat sekitar 20 tahun. Agak lama kan? 

baka kucing

Bengal 

Kucing berbaka bengal ini adalah sejenis kucing yang unik kerana ia satu-satunya baka yang berketurunan langsung daripada kucing liar yang besar. 

Kucing ini di ‘cross-breed’ atau kacukan bersilang diantara kucing domestik dan kucing leopard Asia. 

Penghasilan kucing bengal bermatlamat untuk mendaptkan rupa dan berketurunan kucing liar, tetapi ada pada seekor kucing domestik. 

Keunikan yang ada pada kucing ini adalah ianya mempunyai corak bulu seakan harimau bintang.

Kucing bengal ini memerlukan pengawasan yang ketat kerana ia sangat aktif.

Jika korang sejenis yang agak sibuk, korang tidak digalakkan untuk membela kucing berbka bengal ini kerana ia pelu sentiasa diberi perhatian.

Jangka hayat kuicng ini lebih kurang 16 tahun dan beratnya boleh mencecah sehingga 15 paun.

baka kucing

Exotic Shorthair

Exotic shorthair ini kadang-kadang dipanggil  kucing parsi pemalas. Tidak seperti kucing parsi yang lain, baka exotic shorthair ini mempunyai bulu yang pendek dan lebih mudah untuk dijaga.

Kucing ini dikatakan mempunyai personaliti yang penyayang dan mereka tidak suka untuk bersendirian.

Kucing jenis exotic shorthair ini amat sesuai dibela orang individu yang meminati kucing jenis parsi namun tidak mahir menguruskannya.

Jangka hayat kucing ini diperkatakan boleh hidup sehingga 15 tahun dan beratnya boleh mencecah sehingga 14 paun.

baka kucing

Burma/Burmese

Kucing jenis burma yang berasal daripada burma ini menginginkan sebuah persahabatan dan sentiasa mengikuti kita ke mana sahaja.

Kucing ini bersifar energetik dan sangat suka bermain. Kucing ini tidak sesuai untuk berada bersendirian di rumah dalam tempoh masa yang lama.

Cara penjagaan kucing ini sangat mudah dan jangka hayat mereka sekitar 16 tahun. Kucing burma ini mempunyai rupa yang eksotik dan anggun, berbentuk agak sasa dengan ototnya yang kuat telah membuatkan mereka berat berbanding saiznya yang sekitar 10 paun.

baka kucing

Kucing biasa/kucing kampung

Penggemar kucing mesti kenal dengan kucing biasa atau kucing kampung ni kan? Kucing ini amat senang untuk dijaga dan dimiliki berbanding dengan kucing lain.

Penjagaan kucing ini turut mudah dan tidak memerlukan makanan yang mahal.

Kucing kampung ini kebiasaaanya amat lasak dan aktif. Kucing ini mahir memburu tikus dan haiwan berbisa.

So, kalau korang nak bela kucing, korang boleh lah cari mana yang sesuai dengan lifestyle korang. If korang sibuk dengan kerja, boleh lah cari baka kucing yang senang dijaga. 

[Sumber: Bidadari.my]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!