[VIDEO] ‘Bombay Cat’ – Ketahui 3 Ciri Menarik Si Hitam Menawan Ini );

Type to search

Baka Haimeow

[VIDEO] ‘Bombay Cat’ – Ketahui 3 Ciri Menarik Si Hitam Menawan Ini

Share

Kucing terdiri daripada pelbagai jenis baka dan warna yang berbeza-beza sekaligus menjadikan ianya antara haiwan peliharaan yang diminati ramai.

Salah satu ciri baka yang sering menjadi tumpuan adalah warna dan bulu kucing tersebut.

Jika dinilai dari sudut warna seseekor kucing, pastinya kucing berwarna cerah memiliki ramai peminat namun jangan dilupakan, warna hitam juga sangat digilai ramai tau!

‘Bombay Cat’ merupakan antara kucing hitam yang terkenal di dunia kerana bulunya yang berwarna hitam dan seakan-akan bersinar di bawah pancaran matahari.

Meskipun berwarna hitam, kucing jenis ‘Bombay’ ini sangat terkenal di kalangan pencinta kucing kerana memiliki keunikannya tersendiri.

Berikut merupakan 3 perkara menarik berkenaan kucing baka Bombay ini:

 

Asal Usul

cat

Merupakan baka hasil gabungan Burmese dan American Short Hair, kucing ini kelihatan seakan-akan seperti seekor harimau kumbang.

Pada tahun 1950, Nikki Horner dari Louisville, Kentucky merupakan individu terawal yang menghasilkan baka ini.

Ianya bertujuan bagi mengembangkan seekor baka kucing yang berwarna hitam, berkilat dan berotot.

 

Manja & Clingy

cat

Meskipun kelihatan garang kerana berimej hitam, kucing ‘bombay’ ini sebenarnya memiliki perwatakan yang sangat manja dan suka dibelai terutamanya pemilik mereka.

Selain itu, kucing ini juga gemar bermain dan bergurau sesama manusia dan haiwan kucing yang lain. Mudah untuk diajar dan difahami, ‘Bombay cat’ juga merupakan penjaga rumah yang sangat baik kerana sifat setia dan penyayang yang dimilki.

 Jadi sekiranya anda perlu berada di luar kawasan dalam tempoh beberapa hari, usah risau berkaitan hal di rumah kerana baka ini akan memastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan selamat.

 

Kesihatan

cat

Setiap baka kucing memiliki masalah kesihatan yang berbeza-beza dan ianya terpulang pada bagaimana dan cara kita menjaga si bulus ini.

Namun, buat kucing baka jenis ‘Bombay’ ini, difahamkan ianya mempunyai sebuah penyakit genetik yang serius iaitu kecacatan Craniofacial.

Penyakit ini sering terjadi pada anak kucing yang baru lahir dan ianya dapat dilihat pada kesan benjolan di bahagian kepalanya.

Walaubagaimanapun, kes penyakit ini dikatakan semakin berkurangan dan kebanyakan kucing ‘Bombay’ yang dilahirkan sihat dan sempurna fizikalnya.

cat

Sejujurnya, penulis juga amat menggemari kucing berwarna hitam kerana ia secara tidak langsung melambangkan kelakian dan kegagahan kaum lelaki sebagai pemilik kucing.

Hitam bukan sembarangan hitam, hitam itu menawan… Betul tak pencinta kucing sekalian?

 

[Sumber]: ms.maychola

 

Baca: Kucing Hitam Bawa Nasib Malang? 5 Negara Ini Mempunyai Kepercayaan Yang Berbeza

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!