BRITISH SHORT HAIR, SI MANJA TUBUH GEMPAL Verst Baka );

Type to search

Baka Haimeow Shorthair

BRITISH SHORT HAIR, SI MANJA TUBUH GEMPAL

Share

Siapa yang tak berkenan? Muka yang lebar dan pipi yang tembam, ditambah dengan matanya yang besar dan bulat, tidak perlu disangkal lagi  bahasa badan dan mimik wajah menjadi pesona yang membuatkan pencinta kucing sentiasa tidak puas apabila bertemu dengannya.

Baka kucing yang dimaksudkan adalah British Short Hair. Pasti ada yang sentiasa memasang angan-angan untuk memilikinya. Ciri-ciri dan karakter yang dimiliki begitu kuat membuatkan British Short Hair antara baka yang paling diminati di Malaysia.

ASAL USUL

Kucing ini dibawa masuk ke utara Eropah oleh askar Roman untuk mengawal tikus kira-kira 2000 tahun dahulu. Ianya menjadi kucing jalanan di merata Eropah dan ketika itu dikenali sebagai ‘European Shorthair’.

Selepas sekurun lamanya, ianya hidup memenuhi sekitar England, akhirnya individu yang bernama Harrison Wier berminat memulakan pembakaan ‘breeding’ untuk jenis baka ini kerana keunikan kucing ini dari segi fizikalnya.

Setelah perlaksanaan kerja-kerja pembiakkan yang panjang, akhirnya baka ini dikenali sebagai baka British Shorthair. Pada tahun 1871, apabila baka British Shorthair  ini dibawa menghadiri London Crystal Palace Ekspo, spesies ini mula dikenali dan mendapat perhatian.

Selepas Perang Dunia II, kucing spesis ini telah diterima dan diiktiraf oleh kelab-kelab kucing dan ia mula menjadi sebahagian daripada penghuni rumah serta menjadi teman dalam kehidupan manusia.

Pada tahun 1970, saiz mereka mula dibiak dalam lingkungan yang lebih kecil, lebih padat dan lembut tekstur kotnya, dan semua gaya mula berubah ke arah lebih anggun.

TARIKAN PERSONALITI

British Shorthair sememangnya berani, ingin tahu, tetapi sangat lembut. Ia mempunyai kemampuan yang kuat untuk menyesuaikan diri, dan tidak cepat menggelabah. Ia hanya akan cuba untuk naik ke tempat yang lebih tinggi, sambil kepala dan sepasang mata bulat besar dihala ke bawah merenung dan tersenyum pada anda, seperti ‘Alice in Wonderland’.

Itu sahaja ekspresi muka comel yang pasti mencairkan hati sesiapa. Paling jelas, cinta anda tidak akan tertukar pada yang lain. British Shorthair juga sangat menikmati sentuhan kepada pemilik. Jika anda memberi riba anda untuk tidur, pasti mereka akan menghampiri lalu baring di atas anda.

DIET

Semua kucing mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu fungsi penghadaman perut adalah agak lemah, dalam hal ini British Shorthair tidak terkecuali. Jika makanan digantikan secara drastik, ia boleh membawa kepada cirit-birit. Walaupun begitu,  selagi anda secara berperingkat memberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan makanan baru, British Short Hair anda tidak mudah terkena masalah cirit-birit.

PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan British Short Hair  agak menakjubkan. Ini kerana secara semulajadi, bulunya tidak perlu disikat. Jika ingin menyikatnya, sehari sekali sudah mencukupi.

Walaupun tidak perlu disikat,  pembersihan adalah adalah aspek penting kerana bulunya yang tebal dan lembut. Semestinya habuk agak mudah untuk tinggal dan melekat pada tubuh baka ini. Memang naluri kucing akan menggunakan lidah berdurinya untuk menyikat rambut, namun ia masih tidak berupaya menghapuskan sepenuhnya kotoran yang melekat.

Oleh itu, mandikanlah British Short Hair anda 1-2 kali sebulan, agar boleh membantu ia membersihkan kotoran dengan baik dan kemas sehingga bersih. Pastinya kucing juga akan gembira.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Scroll Up
error: Content is protected !!