5 Jenis Baka Kucing Pemalas Yang Korang Kena Tahu

Type to search

5 Jenis Baka Kucing Pemalas Yang Korang Kena Tahu

Baka Cattiviti Haimeow

5 Jenis Baka Kucing Pemalas Yang Korang Kena Tahu

Share
pemalas

Perasan tak ada sesetengah kucing tu jenis pemalas dan tak berapa suka nak bermain dengan kita?

Hah, jangan terkejut ye… memang ada jenis baka kucing yang pemalas ni tau. Buat la apa pun memang tak dilayannya kita, kecuali kalau dia lapar baru lah bersuara.

Berikut merupakan 5 jenis baka kucing pemalas yang korang kena tahu sebelum bela!

 

Persian

pemalas

Siapa je yang tak sukakan kucing yang berbulu lebat ini kan? Dah la gebu, comel  dan manja pulak tu. Tapi kucing jenis ini memang cukup terkenal dengan sikap malasnya. Kucing parsi lebih suka berbaring bersama tuannya dan tidur selepas kenyang. Kalau korang malas nak layan karenah kucing eloklah bela kucing parsi, bagi makan je mesti dia tidur.

 

Russian Blue

pemalas

Kucing yang comel ini kebanyakannya dibela di perumahan apartment kerana ia tidak memerlukan ruang yang luas untuk bermain. Gemar berada dalam suasana dingin, adalah satu keperluan untuk tuan pemilik menyediakan penghawa dingin buat si bulus ini.

 

Maine Coon

pemalas

Walaupun memiliki raut wajah yang garang dan buas, perwatakan yang dimiliki sebenarnya sangatlah lembut dan manja. Baka kucing yang besar ini memerlukan ruang privasinya yang tersendiri untuk berehat dan tidur. Selalunya kucing jenis ini jarang diletakkan di dalam sangkar, lepaskan je di ruang tamu… hah terkangkang lah di tidur nanti.

Burmese

Gemar berceloteh dan manja dengan tuan pemilik merupakan antara ciri-ciri kucing jenis ini. Mempunyai suara yang agak nyaring membuatkan tuan pemilik pasti berasa bingit dan jenuh hendak melayan mereka. Walaubagaimanapun, mereka tidak selincah kucing biasa, lebih cenderung untuk berehat dan tidur di atas pangku manusia menjadikan si meow ini dikategorikan sebagai kucing pemalas.

 

Scottish Fold

pemalas

Mempunyai kelopak telinga yang berlipat dan paras rupa yang comel, ia sangat suka bermanja dengan tuannya dan dalam masa yang sama suka bersantai dan relaks di rumah sepanjang hari. Merupakan jenis haiwan peneman yang sangat baik untuk sesiapa yang kesunyian.

So korang dah tau la kan jenis-jenis kucing pemalas. Bagi penulis, tiada masalah pun sebenarnya nak bela kucing seperti baka di atas, senang nak dijaga dan tak banyak karenah untuk dituruti. Kasi makan minum yang cukup, confirm dorang tidur.

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!