Kenali Kucing Baka Manx, Si Bulat Tanpa Ekor );

Type to search

Baka Haimeow

Kenali Kucing Baka Manx, Si Bulat Tanpa Ekor

Share
kucing manx

Dikenali sebagai baka yang tidak mempunyai ekor, kucing Manx telah lama dibela oleh manusia untuk kemahiran memburu mereka dan dianggap sebagai kucing yang mudah bergaul, jinak dan aktif.

Menurut sejarah, Manx pada mulanya berasal dari Isle of Man, sebuah pulau di Laut Ireland antara England dan Ireland pada sekitar tahun 1750 dan dijadikan sebagai kucing memburu oleh penduduk di situ.


Baca Juga: Kucing Parsi Digilai Ramai? Ketahui 4 Langkah Penjagaan Baka Berbulu Tebal Ini


Baka ini sangat pintar dengan personaliti yang suka bermain. Mereka dikenali sebagai baka yang sangat interaktif serta setia kepada keluarga mereka.

Malah, Manx kesetiaan serta sifat interaktif mereka sering dibandingkan seperti anjing.

Rumpy Manx [Foto: Wikipedia]

Apabila didedahkan kepada aktiviti, manusia dan haiwan baharu sejak dari usia muda, Manx cepat menyesuaikan diri, malah gemar bertemu dan menyapa orang yang baru dijumpai.

Manx boleh menjadi teman road trip yang hebat, kerana ia suka menaiki kereta dan tidak takut air. Sebagai kucing yang sangat suka bersosial, ia memerlukan banyak perhatian jadi jangan biarkan dia bersendirian selama berjam-jam pada satu masa.

Walaupun Manx terkenal sebagai baka yang tidak berekor, sebenarnya tidak semua kucing Manx tidak mempunyai ekor.

Sesetengahnya mempunyai ekor panjang yang normal (dikenali sebagai longies) dan ada juga yang berekor pendek (dikenali sebagai stumpies).

Manx yang tidak berekor pula dipanggil rumpies, manakala Manx yang tidak berekor tetapi mempunyai tulang yang sedikit timbul di bahagian belakang dipanggil riser.

Riser Manx [Foto: Wikipedia]

Manx merupakan kucing berbentuk bulat. Ia mempunyai kepala yang bulat, mata yang bulat dan besar, berbadan gempal, mempunyai dada yang lebar, dan bahagian belakang yang bulat.

Kaki hadapan mereka jauh lebih pendek daripada kaki belakang mereka, jadi bahagian belakang mereka akan kelihatan lebih tinggi daripada bahu mereka.

Sesetengah Manx mempunyai bulu yang pendek manakala ada juga yang berbulu panjang. Manx yang berbulu panjang dikenali sebagai Cymric oleh sebahagian persatuan kucing.

Jangka hayat baka ini adalah sekitar lapan hingga 14 tahun.

Baka Manx berbulu panjang atau Cymric [Foto: Wikipedia]

Terdapat beberapa warna kucing Manx ataranya putih, hitam, coklat, tortoiseshell, oren, tan dan lain-lain. Manx juga boleh hadir dalam pelbagai corak seperti dua warna, solid, tabby, pointed dan lain-lain.

Bulu Manx juga boleh gugur jadi ia harus disikat secara berkala untuk menanggalkan bulu yang tercabut.

Kucing Manx secara amnya sihat, tetapi ia mungkin mengalami beberapa penyakit dan keadaan tertentu, termasuk:

  • Arthritis di bahagian tulang ekor
  • Corneal dystrophy, yang mula berlaku pada usia kira-kira 4 bulan
  • Sindrom Manx, iaitu beberapa jenis kecacatan termasuk tulang belakang pendek, masalah saluran kencing, dan gangguan usus dan penghadaman. Sindrom ini menyerang kira-kira 20 peratus Manx dan muncul pada usia 4 bulan.
  • Bagi kucing Manx yang tidak mempunyai ekor, terdapat hujung saraf di kawasan belakangnya itu, yang boleh menjadikan kawasan itu sangat sensitif
Sumber: Purina

Baca Juga: Beri Perhatian Lebih Pada Kucing Yang Sudah Tua, Ini 5 Penyakit Biasa Yang Sering Dialami ‘Senior Cat’


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!