Kucing Hitam Bawa Nasib Malang? 5 Negara Ini Mempunyai Kepercayaan Yang Berbeza );

Type to search

Baka Cerita Haimeow

Kucing Hitam Bawa Nasib Malang? 5 Negara Ini Mempunyai Kepercayaan Yang Berbeza

Share

Kucing hitam sering dipinggir dan di ‘anak tirikan’ oleh masyarakat kerana warnanya yang gelap dan sering terdedah kepada kekotoran.

Masyarakat hari ini lebih cenderung untuk meminati kucing yang bersih dan berwarna cerah walhal pada hakikatnya kesemua kucing itu akan bersih jika dijaga dengan rapi.

Di Malaysia, wujud kepercayaan bahawa sekiranya kucing hitam hadir di dalam mimpi, ianya bakal membawa nasib malang pada seseorang itu.

kepercayaan

Hakikatnya, penulis sendiri sudah beberapa kali termimpikan kucing hitam dan setakat ini tiada apa-apa pun yang berlaku.

Berikut merupakan 5 buah negara yang mempunyai fahaman dan kepercayaan berbeza terhadap kucing hitam.

 

Indonesia

Indonesia yang merupakan negara jiran kita juga turut mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap kucing berwarna hitam.

Terdapat dua mitos yang dipercayai di sini dan yang paling sering kita dengar adalah sekiranya kucing hitam melangkah mayat jenazah yang belum dikebumi, berkemungkinan mayat itu akan bangkit semula ataupun mendapat nasib yang malang.

kepercayaan

Tak silap penulis, situasi ini pernah dilakonkan dalam drama sinetron Indonesia.

Selain itu, terdapat juga kepercayaan positif di mana jika kaki seseorang itu dijilat kucing hitam, maka dalam masa sebulan, individu tersebut bakal menerima rezeki dan khabar gembira.

 

Itali

Negara di Eropah juga tidak kurang hebatnya apabila turut mempunyai kepercayaan yang negatif terhadap kucing berwarna hitam.

kepercayaan

Di Itali, mitos di sana mengatakan bahawa jika seekor kucing hitam melompat ke atas katil di sebelah orang yang sakit, orang itu akan segera mati.

Sungguh malang nasib kucing hitam di Itali. Si meow nak bermanja dengan tuannya di atas katil, tapi dituduhnya pembunuh pula..

 

Scotland

“Dalam setandan pisang, tidak semuanya yang rosak”

Sering dihujani mitos dan kepercayaan yang negatif terhadap si hitam, kewujudan mereka sangat-sangat dihargai di negara Scotland.

kepercayaan

Sekiranya seekor kucing hitam muncul di depan pintu rumah anda di Scotland, tradisi menunjukkan bahawa anda mungkin akan mendapat sejumlah wang.

Ianya ibarat satu anugerah jika si hitam muncul secara tiba-tiba di hadapan pintu rumah.

Kalau la betul, mesti ramai yang tercari-cari kucing hitam di kawasan perumahan di sana.

 

Latvia

Latvia merupakan sebuah negara yang terletak di wilayah Eropah Utara.

Negara ini mempunyai kepercayaan yang agak unik terhadap si hitam di mana para petani di sana menganggapnya sebagai satu rahmat.

kepercayaan

Petani di latvia percaya jika kucing hitam bermain di kawasan ladang ataupun tanaman mereka, ia akan membawa keuntungan pada hasil tanamannya kelak.

Kalau dekat Malaysia, pasu ataupun tanaman pokok bunga memang dah jadi port membuang si meow rasanya kan?

 

Mesir

Sejarah terdahulu mengatakan bahawa penduduk di negara mesir pernah menjadikan kucing hitam sebagai Dewa ‘Bast’ yang bermaksud dewa matahari.

Ianya dipercayai masih dikekalkan hingga ke hari ini oleh sesetengah penduduk di sana dan mereka beranggapan bahawa si hitam membawa perlindungan pada mereka.

kepercayaan

Ianya sesuatu yang sangat berlainan jika dibandingkan dengan negara-negara lain di atas di mana kucing hitam sangat disanjung tinggi di Mesir.

Walaubagaimanapun, penulis berpendapat bahawa kesemua kucing itu perlu diberi layanan sama rata tanpa mengira warna bulu atau jenis baka mereka.

Kalau betul anda pencinta kucing, mana boleh pilih kasih kan?

 

Sumber: thesprucepets

 

Baca: Kucing Anda Berdengkur? Kenal Pasti Mengapa Ia Berlaku
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!