5 Kucing ‘Hot’ Di Instagram Tahun 2020!
Share

Kucing ni mempunyai pengaruh yang kuat. Tak perlu buat apa-apa pun masih ramai yang geram. Gelagat mereka yang bersahaja akan membuatkan hari-hari korang ceria.
Siapa peminat kucing mesri kenal kucing-kucing popular di Instagram ni. Followers kucing lagi ramai dari akaun Instagram korang. Jom tengok kucing-kucing hot di Instagram tahun 2020.
Choupette
Bulunya putih, cantik dan bersih. Bermata biru, Choupette mempunyai 77.2k pengikut di Instagramnya, choupetteofficial. Kucing ini tinggal di Paris dan mempunyai tukang masak dan pengawal peribadi sendiri. Fuh!
Garfi
Si pemarah ini tinggal di Turki dan berbaka Persian. Walaupun muka memiliki muka yang garang dan mendapat gelaran The World’s Angriest Cat, Garfi mempunyai 62.2k followers di meetgarfi.
Nala
Kalau tadi muka garang, Nala adalah seekor kucing sangat comel dan muka baik. Terkenal sejak tahun 2012. Nala adalah berbaka Siam dan Tabby. Nala_cat di Instagram mempunyai pengikut seramai 4.3m.
Grumpy
Riak muka yang sentiasa menyampah dengan orang sekeliling tetapi mempunyai pengikut seramai 2.5m di realgrumpycat. Selain ramai yang buat meme menggunakan muka si bulus ni, Grumpy mempunyai laman web yang menjual merchandise seperti beg, buku dan pen. Anda boleh layari laman webnya di sini.
Smoothie
Smoothiethecat mempunyai 2.2m pengikut. Kucing berbulu lebat ini adalah baka British Longhair. Mata yang hijau dan muka fotogenik yang membuatkan Smoothie diminati ramai.