Kucing Parsi Digilai Ramai? Ketahui 4 Langkah Penjagaan Baka Berbulu Tebal Ini );

Type to search

Baka Haimeow Kesihatan Longhair

Kucing Parsi Digilai Ramai? Ketahui 4 Langkah Penjagaan Baka Berbulu Tebal Ini

Share

Kucing parsi merupakan antara jenis baka yang terkenal dan sangat digilai ramai dek kerana bulunya yang panjang dan lebat.

Dikategorikan sebagai kucing mahal, harga untuk seekor kucing ini boleh mencecah antara RM 700 hingga RM 3000 bergantung pada usia dan latar belakang baka itu sendiri.

Meskipun begitu, ramai yang menganggap bahawa cara penjagaan kucing jenis ini adalah sama seperti baka kucing-kucing lain.

Kalau mudah untuk dijaga, mana mungkin kucing parsi ini dijual dengan harga yang tinggi di pasaran kan?

Artikel kali, ini penulis akan kongsikan 4 tips penjagaan kucing parsi.

 

Penjagaan Bulu

bulu

Kucing parsi sememangnya mempunyai bulu yang panjang dan lebat dan disebabkan itu ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Pemilik kucing parsi perlu menyikat bulu si meow dengan menggunakan berus jenis rata yang dilengkapi gigi plastik.

Langkah ini seharusnya dilakukan sejak dari kecil lagi agar kucing peliharaan anda sudah terbiasa dan terhindar daripada masalah kutu.

Ianya bertujuan bagi melonggarkan simpulan pada bulu kucing dan juga membuang bulu yang mati.

 

Mata Kucing Parsi

bulu

Mata kucing parsi sering berair namun ianya bergantung pada musim dan perubahan cuaca di sesbuah negara itu.

Oleh itu, mata kucing Parsi perlu dibersihkan pada setiap hari dengan menggunakan cotton pad atau tisu tandas lembut yang dicelup dengan air.

  1. Sapukan tisu lembab pada kawasan saluran air mata dan di kawasan sudut dalam matanya
  2. Dengan lembut dan perlahan bersihkan sisa kekotoran yang ada pada mata kucing anda
  3. Kemudian dengan menggunakan tisu lembut yang bersih, keringkan segala lembapan yang ada pada mata kucing anda
  4. Pada setiap sapuan, sila tukar tisu yang baru untuk mengelakkan jangkitan kuman pada mata.

 

Penjagaan Telinga

bulu

Jika tangan, muka dan bahagian perut si meow boleh dibersihkan dengan sendiri, bagaimana pula dengan telinga mereka?

Menjawab kepada persoalan ini, ianya agak sukar buat si meow jika mereka ingin membersihkan telinga dengan sendiri.

Maka dengan itu, sebagai pemilik kucing anda perlulah memainkan peranan dalam hal ini dengan mencuci telinga si bulus anda setiap minggu untuk mengelakkan jangkitan kutu, fungus dan bakteria.

 

Pemakanan

bulu

Mempunyai bulu yang lebat, kucing parsi juga sangat terkenal dengan masalah hairball yang sering terjadi pada baka ini.

Oleh itu, pemakanan mereka haruslah bersesuaian dengan masalah gumpalan buku yang dihadapi supaya ianya boleh diatasi ataupun dikurangkan dalam tempoh masa singkat.

Seeloknya, dapatkan makanan kucing yang diformula khas untuk masalah hairball.

Untuk lebih info, boleh dapatkan nasihat daripada doktor pakar.

bulu

Penjagaan kucing parsi sememangnya agak rumit dan memerlukan kos perbelanjaan yang sedikit tinggi berbanding kucing-kucing lain.

Demi menjaga kecantikan dan kesihatan kucing parsi, komitmen yang tinggi harus diberikan oleh seseorang individu itu namun jika anda merupakan seorang yang terlampau sibuk, sebaiknya tangguhkan dulu niat anda.

 

[Sumber]: denniszill

 

Baca: Kucing Jelir Lidah Macam Anjing? Ketahui 5 Sebab Mengapa Ianya Terjadi

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!