Kucing Sphynx Nana Mahazan Tak Meragam Teman Masak

Type to search

Baka Cerita Haimeow

Teman Mommy Masak Sardin, Kucing Sphynx Nana Mahazan Baik Je Tunggu

Share
sphynx

Ketika kucing berada di dapur, mereka biasanya dilihat mencurigakan. Yelah dapur kan tempat untuk masak, mana tahu dapat ikan goreng seekor ke hehehe

Tapi tidak bagi kucing Sphynx milik Nana Mahazan ni, behave je tunggu mommy masak!

Seorang pelakon, pengacara dan penyanyi di Malaysia, Nana Mahazan memang gemar membuat Instagram Live sambil masak.

Kali ini Nana ditemani oleh Tiggy, kucing Sphynx yang baru dibelanya pada akhir bulan April yang lepas.

sphynx

Tiggy teman Nana masak sambal ikan sardin

Nana memberitahu bahawa Tiggy tidak berganjak daripada tempat asal kerana mahu menjadi penonton setianya.

Selain daripada menonton, Tiggy juga sempat ‘belajar’ mengenali bahan-bahan masakan ketika Nana menyediakan sambal ikan sardin untuk keluarga.

sphynx

“Ini nama dia gula melaka. Nanti kalau mommy takda dekat rumah dah boleh masak sendiri lah,” gurau Nana.

Lebih 15 minit juga Tiggy yang berbaju kuning tu duduk atas table top sambil tengok Nana masak, kita pun risau kalau-kalau kucing tu lari berkeliaran. Kuali panas tu.

Ada juga sekali Nana tegur kerana Tiggy mahu bergerak ke arah kuali yang panas tapi kucing baka Sphynx itu cukup dengar kata.

“Ha panas, panas. If you want to see, just stay there. If not, you go down.”

Dalam IG live tersebut menunjukkan respon Tiggy yang sangat baik dan dengar cakap. Duduk diam je dekat situ.

Komen yang ditinggalkan oleh pelakon dan penyanyi Faradhiya seperti ‘cemburu’ setelah melihat aktiviti dua beranak ini. Mana taknya, Tiggy tak berbulu jadi memang boleh la masuk dapur hahaha

sphynx

Nana mempunyai 3 ekor kucing peliharaan iaitu Chapo, Pixie dan Pepper tapi seekor daripadanya sudah tiada.

Berat untuk melupakan pemergian Pepper, sebenarnya Nana tidak mahu membela kucing baharu lagi namun setelah melihat baka Sphynx yang unik di woorackpetstudio_official Nana tertarik untuk membela Tiggy atau nama sebenarnya Tiguan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!