Mahalnya... Ini 7 Jenis Baka Kucing 'Paling Berharga' Di Dunia

Type to search

Baka Haimeow

Mahalnya… Ini 7 Jenis Baka Kucing ‘Paling Berharga’ Di Dunia

Share
mahal

Kucing merupakan salah satu haiwan yang paling banyak disukai oleh hampir kesemua pencinta binatang. Kucing itu sendiri sememangnya mempunyai pelbagai jenis baka. Contohnya seperti British Short Hair, Mainecoon, Persian dan bermacam lagi.

Tetapi makin cantik seekor kucing itu, makin mahal harganya. Ada yang sanggup menghabiskan berpuluh ribu ringgit hanya untuk membeli kucing baka asli atau purebred.

Terdapat juga jenis baka kucing yang sukar untuk dimiliki apatah lagi dipelihara di rumah. Oleh kerana itu, harganya sangat mahal dan memerlukan kos penjagaan yang premium. 

mahal

Di sini terdapat 7 jenis kucing yang paling mahal di dunia

1. Russian Blue : RM1,700 – RM12,800

mahal

Sekali pandang kucing Russian Blue ini seperti British Short Hair. Walaupun kelihatan sama, tetapi secara peribadinnya mereka sangat lain. Kucing Russian Blue ini sangat suka bermain dan mempunya sifat ingin tahu. Mereka sangat suka dibelai dan membina hubungan yang baik dengan manusia. Pasti semua pecinta kucing akan jatuh cinta dengan pesonaliti, kecantikan dan warna mereka.

2. Sphynx ; RM1,280 – RM12,800

mahal

Kucing ini terkenal dengan rupanya yang tidak berbulu dan kurang comel berbanding kucing lain. Tetapi walaupun badanya tidak berbulu, ia perlu dijaga dengan sangat rapi. Kucing ini perlu dimandikan seminggu sekali atau seminggu dua kali. Kucing ini mempunya standardnya yang tersendiri membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

3. Peterbald – RM5,000 – RM20,000

mahal

Kucing Peterbald kelihatan seakan-akan Sphynx kerana mereka tiada bulu. Terjadinya kucing Peterbald hasil daripada ujikaji mengawan antara baka Juara Dunia kategori betina Oriental Shorthair dan baka Donskoy.Kucing ini mempunyai pesonaliti yang menarik dan sangat manja.

4. Caracal  RM150,000

mahal

Caracal, sejenis spesies kucing liar yang lazimnya mendiami kawasan berbatu dan gurun di negara-negara benua Afrika, beberapa negara Asia khasnya India lapor Mynewshub.Nama kucing unik ini malah berasal daripada perkataan Turki iaitu “karakulak“, yang bermaksud telinga hitam. Carcacal juga dipanggil Lynx padang pasir, kerana ada ciri-ciri persamaan dengan kucing liar berkenaan.

5. Bengal RM4,3000 – RM 106.000

mahal

Kucing Bengal ini sangat terkenal kerana sifatnya yang garang dan liar. Rupanya juga menyerupai harimau membuatkan ia kelihatan menakutkan. Kucing Bengal ini hasil daripada campuran baka domestik dan kucing Asian Leopard (ALC). Harga kucing ini terlalu mahal membuatkan ia menjadi lambang kekayaang seseorang.

6. Savannah RM6,400- RM 212,000

mahal

Kucing Savannah lebih kurang seperti kucing Bengal. Kuciing ini merupakan hasil campuran baka domestik dan baka serval. Kucing ini sangat pintar dan setia seperti anjing.

7. Ashera RM64,000 – RM 426,000

mahal

Ashera merupakan kucing yang termahal di dunia. Sangupkah anda membeli kucing dengan harga sebegini. Dengan harga ini boleh membeli sebiji rumah terus ! Sebenarnya kucing ini merupakan kucing kacukan antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik.Personalitinya yang manja, setia dan bijak menjadikan ia digemari oleh orang ramai.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!