6 Perkara Penting Sebelum Membela Anak Kucing );

Type to search

Baka Haimeow

6 Perkara Penting Sebelum Membela Anak Kucing

Ain Huda
Share

Membela anak kucing sebagai teman baru atau menambah kawan si bulus adalah perkara yang sangat teruja. Jika anda kali pertama, semestinya tidak sabar untuk melihat reaksi si bulus yang baru ingin mengenali rumah barunya. Jika anda menambah kawan si bulus, tidak sabar bawa balik untuk melihat hubungan antara anak kucing dengan si bulus di rumah.

Sebelum bawa pulang anak kucing, pastikan anda lakukan 6 perkara ini untuk memudahkan penjagaan. Yang kali pertama, perkara ini sangat penting dan tumpukan perhatian anda sebelum membuat keputusan.

Jantina

Jantan atau betina, kedua-dua jenis jantina ini perlu dikasi atau mandulkan terlebih dahulu. Melainkan anda memang mahukan zuriat dari baka si bulus nanti. Kasi si bulus sebelum mereka matang atau dewasa.

Memilih Baka

Jika anda seorang yang tidak kisah mengenai baka kucing, anda boleh memilih mana-mana anak kucing untuk dijaga atau lebih elok mengambil anak kucing yang terbiar di tepi jalan. Tetapi jika anda berminat dengan baka kucing tertentu, pastikan anda tahu informasi tentang baka tersebut. Ada sesetengah kucing perlu memiliki sijil jaminan untuk menjaganya. Jadi, pastikan anda pakar dalam memilih baka kucing sebelum ambil untuk dibela.

Berkawan

Ada kucing yang tidak suka berkawan, suka sendirian dan tidak bergaul. Tapi tidak salah kalau anda bawa kawan baru untuk jadi penemanan dan kawan bermain. Mulakan dengan sesi pengenalan, lama-kelamaan mereka akan jadi bestfriend forever!

Penjagaan

Dari segi menjaga makanan, biasanya mengikut kegemaran kucing. Anda hanya perlu tahu nutrisi yang diperlukan dan hidangkan makanan secukupnya. Penjagaan bulu kucing pula bergantung pada baka yang anda pilih. Ada jenis kucing baka berbulu panjang, perlu dapatkan penjagaan bulu yang rapi, tidak kusut dan sentiasa bersih. Si kucing berbulu pendek tidak perlu menjaga bulu dengan tertib.

Tempat Berehat

Sebelum ada kucing, anda perlu pastikan ruang rumah anda sesuai dengan keadaan si bulus. Tempat makan dan minum, yang penting tempat bermain. Tidak perlu kawasan yang besar tetapi ada untuk mereka berehat dan tidur. Jangan biarkan tempat makan dan minum si bulus bersepah dan tidak terurus.

Ada Bayi Di Rumah

Pentingnya memilih baka kucing kerana ada sesetengah baka tidak suka anak kecil atau bayi. Mungkin akan jadi bergaduh atau apa sahaja. Oleh itu, sebelum anda memilih baka kucing, pastikan baka yang anda pilih sejenis yang manja, tidak garang dan sesuai dengan bayi anda. Cara yang lebih baik setelah bawa balik si bulus, lihat reaksi si bulus dan bayi anda untuk memastikan mereka serasi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!