‘Rusty Spotted Cat’ – Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Baka Kucing Terkecil Dunia Ini );

Type to search

Baka Eksotik Haimeow

‘Rusty Spotted Cat’ – Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Baka Kucing Terkecil Dunia Ini

Share
kecil

Pelbagai jenis baka kucing yang terdapat di dunia ini dan masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri.

Namun tahukah anda bahawa terdapat seekor baka kucing yang saiznya hanya sebesar tapak tangan manusia?

Rusty Spotted merupakan sejenis baka kucing yang bersaiz kecil dan dikatakan tidak akan membesar walaupun sudah mencecah usia matang.

 

Berat & Ketinggian Kucing

kecil

Kucing jenis ‘Rusty Spotted’ ini memiliki panjang tubuh sekitar 35 sehingga 48 sentimeter dan berat antara 1 kilogram sehingga 1.6 kilogram sahaja.

Kurang dari 2 kilogram sahaja berat kucing ini? Silap-silap boleh terbang jika ditiup angin.

Maka tidak hairan la jika ramai yang menganggap baka jenis ini sebagai anak kucing walaupun usianya sudah mencecah sepuluh tahun.

 

Ciri-Ciri & Asal Usul

kecil

Berbulu pendek dan lembut, bahagian atas tubuhnya dihiasi dengan tompok-tompok hitam manakala di sebelah tepinya pula dihiasi dengan garis putih.

Difahamkan, kucing ini hanya boleh ditemui di India, Sri Lanka dan sebahagian kecil wilayah di Nepal sahaja

Ini adalah kerana habitat baka jenis ini berasal dari hutan lembab dan kebanyakannya dimiliki di negara berkenaan.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian pakar menunjukkan mereka juga mampu bertahan di hutan kering, hutan bambu, padang rumput, semak belukar, dan lereng bukit berbatu.

Liar juga habitat kucing jenis ‘Rusty Spotted’ ini kan? Tak padan dengan saiz badannya yang kecil!

 

Kucing Aktif

kecil

Baka ‘Rusty Spotted’ dikatakan sangat aktif di malam hari dan juga bersifat pemburu ganas yang sering memakan mangsa bersaiz lebih besar.

Walaubagaimanapun, kucing ini sering dibunuh oleh penduduk setempat kerana sering mencuri ayam ataupun haiwan ternakan milik orang ramai.

Bulu dan isi daging baka ini sering menjadi tumpuan pemburu kerana ianya boleh dijual dengan harga tinggi.

 

Status Pemuliharaan

kecil

Baka kucing seperti ini dikatakan semakin berkurangan kerana sering diburu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, habitat semula jadi mereka yang sepatutnya di dalam hutan kebanyakannya telah dimusnahkan oleh penduduk setempat yang ingin menjadikan ia sebagai kawasan perumahan.

Ini adalah kerana, jumlah populasi masyarakat di negara India dan Sri Lanka sudah semakin meningkat dan akibat penduduk yang terlampau ramai, isu pembalakan haram turut menjadi punca musnahnya habitat haiwan comel itu.

kecil

Kucing comel seperti ini pasti seronok untuk dijadikan teman kan?

Walaupun mungkin satu hari ia akan mencecah usia tuanya, namun saiznya yang kecil secara tidak langsung akan membuatkan sesiapa sahaja menganggapnya sebagai anak kucing yang comel!

 

Sumber: wildcatconservation

 

Baca: 5 Fakta Baka Bambino – Keturunan Kucing Yang Tidak Disengajakan
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!