SI BIRMAN, YANG BIJAK DAN SETIA Verst Baka );

Type to search

Baka Haimeow Longhair

SI BIRMAN, YANG BIJAK DAN SETIA

Share

Salah satu jenis baka kucing yang misteri di dunia adalah dari jenis Birman. Bahkan ada satu kepercayaan yang mengatakan jika kucing ini mati di kuil, maka jasad kucing tersebut akan ditemani khusus oleh arwah pendeta (manusia).

Setakat mana yang diketahui, asal-usulnya jenis baka ini adalah berkaitan antara Perancis dan Myanmar (Burma) namun jenis baka ini merupakan ‘sahabat’ yang setia dan berkembang maju dalam persekitaran domestik waktu ini.

Jika diperhatikan, walaupun baka ini memiliki bulu lebat dan panjang, tetapi baka Birman ini mempunyai hanya satu lapisan bulu yang padat. Ternyata keistimewaan ini berjaya meletakkan baka Birman ini antara kegemaran pencinta kucing masa kini.

KUCING SUCI BURMA

Birman yang turut dikenal sebagai Kucing Suci Birma adalah jenis kucing yang memiliki tubuh fizikal yang besar, panjang dan sedikit gempal. Sememangnya bulu Birman tidak setebal kucing Parsi kerana baka ini adalah dari jenis kucing ‘semi longhair’ iaitu berbulu sederhana dan panjang namun teksturnya tidak mudah kusut, beralun lembut membaluti lapisan kulitnya dengan pola warna bulu yang menyerupai kucing Siam.

Tambahan lagi, baka Birman mempunyai corak dan warna ‘pointed’ di bahagian muka, hidung, telinga dan ekornya turut berwarna coklat.

Anda sebagai penggemar kucing pasti tertarik dengan jenis kucing ini menawan dan unik. Kedua matanya berbentuk agak bulat dan berwarna biru yang tidak begitu pekat. Wajah Birman terlihat seperti seekor kucing yang tegas dengan rahang yang kuat, dagu yang bulat dan hidung Roman, yang melengkung di tengah sehingga ternampak seakan benjolan.

Perwatakkan dan personaliti kucing ini cenderung untuk lebih aktif berbanding kucing Parsi, tetapi tidaklah seaktif kucing Siam. Selain itu, baka Birman merupakan kucing yang menyenangkan dalam erti kata lain, mudah untuk dikendalikan dari segi penjagaan dan kesihatannya.

Cumanya pemilik kucing jenis baka ini perlu teliti soal penjagaan bulunya kerana jika tidak diselanggara dengan baik, baka ini mudah mengalami ‘hairball’.

PERSONALITI

Kucing Birman juga cerdas, dan begitu setia kepada pemiliknya kerana baka ini tidak menuntut perhatian sepenuhnya dari pemilik mereka tetapi sekiranya ia ‘dahagakan’ kasih sayang, baka ini akan menghampiri anda untuk ‘mengendeng’ sebagai tanda memerlukan usapan kepada belaian daripada pemiliknya.

Jenis baka ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yakni kucing baka ini telah dilahirkan dengan keempat-empat pergelangan kaki mereka berwarna putih berbentuk simetris seperti memakai sarung stokin.  Kebanyakkan catatan mendakwa yang kucing baka Birman ini berasal daripada sebuah kuil di utara Burma.

ASAL-USUL BIRMAN

Pada zaman sebelum Buddha, kaum Khmer mempunyai banyak kuil cantik dan salah satunya bernama Lao Tsun, terletak di lereng gunung Lugh di Burma (Myanmar). Menurut cerita dalam kuil ini, terdapat seekor kucing putih dengan mata berwarna kuning, yang telah dianggap penjelmaan semula para pendeta dan salah satu kucing tersebut bernama Sihn, yang merupakan sahabat kepada pendeta Munha.

Suatu malam, ketika sang pendeta sedang berlutut dihadapan patung Tsun Kyan KSE yang berwarna keemasan dan matanya berwarna biru safir, kuil tersebut telah diserang dan pendeta Munha telah terbunuh. Lantas Sihn segera melompat ke atas tubuh Munha untuk melindunginya sambil termenung menatap patung seakan-akan merayu minta pertolonga. Apa yang mengejutkan, bulu Sihn yang putih telah berubah menjadi keemasan dan matanya bertukar biru safir yang kelihatan sama seperti patung Tsun Kyan Tse.

Sejak saat itu semua kucing dalam kuil berubah warna seperti Sihn, namun ini hanyalah satu perkongsian sebuah kisah lagenda tentang kewujudan baka Birman ini.

Namun, dalam konteks yang lain, ada yang mengaitkan perkembangan baka ini dengan sepasang kucing dari kuil Laos Tsun, yang sempat dibawa ke Perancis pada tahun 1919. Dalam perjalanan itu, ‘Maldapour’, seekor kucing  Birman jantan telah mati mati kerana sakit dan si betina pula  ‘Sita’ sedang mengandung anak Maldapour.

Kucing keturunan Maldapour dan Sita ini merupakan pembiakan awal keturunan baka Birman ini di Eropah. Pada tahun 1966, baka Birman ini berjaya meraih gelaran Champion di United Kingdom dan tahun berikutnya di Amerika Syarika dan Australia.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1
Scroll Up
error: Content is protected !!