Turkish Van Baka Yang Sukar Dicari Dan Berharga );

Type to search

Baka Haimeow

Turkish Van Baka Yang Sukar Dicari

Ain Huda
Share

Turkish Van adalah baka yang sangat sukar ditemui tetapi masih ada di dunia ini. Warna bulu yang unik dan sebilangan besar memiliki warna putih bersih. Setiap tahun dianggarkan hanya 100 ekor baka Turkish Van dilahirkan di Amerika menyebabkan ia baka yang jarang dijumpai.

Asal-Usul

Baka kucing Turkish Van berasal dari zaman kuno yang memiliki sifat lasak dan kuat. Terkenal di kawasan pergunungan Asia Tengah dan barat daya. Turkish Van adalah baka yang berharga sehingga sekarang.

Ada yang mengatakan baka Turkish Van ini sangat sukakan air hingga diberi gelaran ‘kucing berenang’ kerana kucing-kucing ini akan berenang ke pelabuhan menanti bot nelayan masuk dengan harapan dapat makanan percuma.

Pada 1955 baka Turkish Van dibawa ke Eropah. Pada asalnya nama baka ini adalah Van Turki tetapi ditukar nama kepada Turkish Van untuk mengelakkan kekeliruan dengan baka Angora Turki. Baka Turkish Van mula membiak sekitar akhir tahun 1970-an terutama di Iran dan Iraq. Sejak itu baka Turkish Van terkenal di seluruh dunia tapi sukar untuk ditemui menjadikan baka ini berharga dan menjadi kegemaran pencinta kucing.

Fizikal

Turkish Van mempunyai badan yang panjang, tegap, kaki pendek dan tapak kaki yang gemuk. Hidungnya mancung sedikit dan bulu kalis air yang memerlukan penjagaan rapi. Bulu di bahagian ekor yang lebat seperti berus dan susah untuk gugur.

Baka ini adalah salah satu baka yang sukakan air jadi mereka sangat suka aktiviti air seperti mencuci kereta, siram pokok bunga dan kolam renang.

Mereka memerlukan makanan yang cukup kerana selera yang besar. Sifat yang mudah menyesuaikan diri membuatkan mereka selesa dan manja dengan orang sekeliling.

Personaliti

Turkish Van adalah kucing yang memerlukan perhatian terutama dari tuannya kerana mereka sangat energetik, suka bermain dan memburu. Si bulus baka Turkish Van sesuai dengan mereka yang suka menghabiskan masa bersama kucing.

Kucing jenis baka ini sangat aktif dan mempunyai kaki yang kuat, suka melompat dan memanjat ke tempat tinggi untuk melihat situasi di bawah dengan jelas.

Cara Penjagaan

Disebabkan kucing baka Turkish Van ini suka melihat keadaan dari tempat tinggi. Jadi, kepada yang niat nak memelihara Turkish Van, elakkan letak barang berkaca dan pastikan mempunyai banyak mainan DIY dalam rumah.

Kucing spesis ini tidak memerlukan kos grooming yang tinggi. Cukup sekadar membuat rutin seperti potong kuku, berus gigi, sediakan makanan yang cukup, sikat bulu dan belaian.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!