Bantu Kucing Anda Yang Mempunyai Masalah Ketakutan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Bantu Kucing Anda Yang Mempunyai Masalah Ketakutan

Share

Setiap kucing mempunyai ketakutan terhadap perkara-perkara tertentu seperti anjing atau objek seperti penyedut hampagas. Setiap kucing juga mempunyai cara masing-masing apabila berdepan dengan ketakutan.

Kucing yang mempunyai ketakutan yang tinggi mungkin takut akan banyak perkara dan sentiasa hidup dalam persembunyian, manakala kucing yang berani tidak kisah untuk menonjolkan diri dan kebiasaannya lebih mudah melupakan peristiwa-peristiwa yang boleh menjadi trauma.

Bagaimana Nak Tahu Kucing Anda Sedang Dalam Ketakutan?

Kucing anda mungkin akan menunjukkan tingkah laku berikut apabila dalam ketakutan:

  • Melarikan diri
  • Bersembunyi
  • Bertindak Agresif (berdesis, mengiau dengan kuat, mencakar, menggigit, mengibas-ngibaskan ekor, mengembangkan bulu badan dan ekor, meleperkan telinga)
  • Kaku di satu tempat
  • Membuang najis merata-rata
  • Enggan menggunakan bekas najis

Perkara Biasa Yang Membuatkan Kucing Takut

  • Bunyi bising atau pergerakan yang pantas
  • Persekitaran yang asing baginya
  • Orang atau binatang yang tidak dikenali
  • Kanak-kanak yang terlalu aktif
  • Perisitwa yang stres, seperti berjumpa dengan vet

Ketakutan Yang Normal

Sesetengah ketakutan dianggap normal pada kucing. Contohnya, kucing akan merasa takut apabila berada dalam persekitaran yang baru. Selalunya, kucing akan bersembunyi selama beberapa hari apabila diperkenalkan kepada persekitaran atau rumah baru.

Kadang kala, peristiwa yang menjadi trauma baginya seperti lawatan ke veterinar atau kehadiran kucing atau haiwan baru yang lain di rumah boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun, ada kucing yang terlalu takut sehinggakan bertindak agresif terhadap tuannya atau haiwan lain.

Bantu Kucing Anda Atasi Ketakutannya

Jika kucing anda bersembunyi tetapi ia sihat, biarkan ia. Ia akan keluar sendiri apabila ia sudah bersedia. Jika anda memaksa kucing anda keluar daripada persembunyiannya, itu akan membuatkan ia menjadi lebih takut.

Pastikan ia mempunyai akses mudah kepada makanan, minuman dan bekas najis. Bersihkan bekas najis dan perhatikan bekas makanan dan minumannya setiap hari supaya anda tahu sama ada ia makan dan minum atau tidak.

Jika kucing anda takut terhadap orang yang tertentu, cuba suruh orang tersebut untuk memberi makanan atau treats kepada kucing anda. Ini mungkin boleh membentuk kepercayaan kucing anda terhadap orang tersebut.

Apa Patut Anda Lakukan Jika Kucing Anda Bertindak Agresif

  • Jika kucing anda bertindak agresif terhadap anda, orang lain atau haiwan lain, dan sentiasa bertindak sedemikian, anda harus mendapatkan bantuan pakar tingkah laku haiwan dengan segera.
  • Asingkan kucing anda di dalam bilik atau ruang yang lain dan pantau tingkah lakunya.
  • Jika anda mengalami luka akibat cakaran atau gigitannya, dapatkan rawatan dan jangan ambil mudah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!