Bayi Meninggal Dunia Akibat Lemas Ditindih Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Bayi Meninggal Dunia Akibat Lemas Ditindih Kucing

Share

Seorang bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat lemas selepas seekor kucing baring dan tidur atas mukanya ketika ia sedang tidur di dalam kereta sorongnya.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Snezhana sedang melakukan kerja rumah manakala anaknya, Alexandra ditinggalkan di kawasan belakang rumah mereka di daerah Vinnytsia, Ukraine.

Ketika Snezhana pergi untuk menjenguk anaknya itu, dia mendapati seekor kucing yang dibelanya sedang baring di atas muka anaknya.

Dia kemudiannya terus memeriksa keadaan Alexandra dan mendapati anaknya itu tidak bernafas.

Snezhana terus menghubungi paramedik dan ambulans, namun usahanya sia-sia apabila Alexandra disahkan meninggal dunia akibat asphyxia atau sesak nafas.

Pihak polis berkata kucing tersebut mungkin tertarik dengan bau susu yang datang dari kereta sorong itu dan ruang di dalamnya yang hangat untuk memanaskan diri.

Paramedik, Halyna Zakharchuk berkata, “Bau susu, ruang yang hangat, membuatkan kucing tersebut naik ke atas kereta sorong.

“Bayi tersebut berpakaian elok, lengannya terbuka. Apabila kami tiba, bayi tersebut masih panas… Dia telahpun meninggal dunia.

“Saya berlari ke tempat kejadian, ambulans tiba dengan pantas. Kami tidak dapat menyelamatkannya… Kami cuba sedarkannya selama 30-40 minit,” jelasnya.

Snezhana yang tinggal bersama suami dan anaknya itu mempunyai dua ekor kucing tetapi tidak dapat dipastikan kucing mana yang baring di atas muka Alexandra.

Pihak polis menyifatkan kes sebagai ‘kemalangan’.

Jurucakap polis berkata pihaknya tidak akan mengambil tindakan terhadap ibu mangasa.

“Kami faham kejadian itu memberi kesan psikologi yang teruk kepada keluarga tersebut.”

[Foto: east2west news]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!