Pakar Psikologi: Bekerja Ditemani Kucing Buatkan Kita Lebih Tenang, Gembira - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Pakar Psikologi: Bekerja Ditemani Kucing Buatkan Kita Lebih Tenang, Gembira

Avatar
Share
Kucing

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini, banyak majikan yang melaksanakan kaedah bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan.

Tetapi. bekerja dari rumah boleh jadi amat membosankan bagi sesetengah orang dan ia boleh menyebabkan tahap stres meningkat.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi mendedahkan bahawa bekerja dari rumah sambil ditemani kucing boleh menyebabkan seseorang itu lebih bahagia.

Cats Protection melakukan satu kajian melibatkan 700 responden bagi melihat kesan bekerja dari rumah sambil ditemani kucing terhadap emosi seseorang.

Daripada jumlah berkenaan, 63 peratus responden berpendapat bahawa ditemani kucing menenangkan mereka, sementara 56 peratus mengatakan mereka kurang berasa sunyi.

53 peratus responden pula mengatakan bahawa melihat gelagat lucu kucing mereka seperti berjalan di atas komputer riba menggembirakan hati mereka ketika bekerja.

Ada juga yang mengakui bahawa mereka bersembang dan berbincang tentang masalah kerja dengan kucing mereka.

Seorang pakar tingkah laku, Jo Hemmings menjelaskan tentang manfaat bekerja sambil ditemani kucing.

Katanya: “Ianya mewujudkan rasa normal dan kehidupan. Salah satu perkara mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.

“Terdapat perasaan yang menenangkan tentang haiwan peliharaan yang mampu menghilangkan perasaan stres.

Menurut beliau ditemani haiwan dapat membuatkan kita merasa tenang dan tidak terlalu risau memikirkan tentang masa hadapan.

Tambahnya lagi, haiwan peliharaan pastinya kini berasa lebih gembira apabila pemilik mereka bekerja dari rumah.

“Haiwan peliharaan dapat mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darah anda, mengawal kegelisahan, dan menjadikan suasana lebih tenang,” jelas Jo.

Sumber: Daily Star
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!