5 Kebaikan Membela Kucing Buat Ibu Hamil Dan Bayi );

Type to search

Haimeow

5 Kebaikan Membela Kucing Buat Ibu Hamil Dan Bayi

Share

Kebanyakkan orang dahulu melarang ibu hamil dan bayi yang baru bersalin memelihara kucing kerana dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini seperti alahan yang teruk, tersadung kucing lalu keguguran dan banyak lagi.

Perkara ini memang sudah menjadi perkara lazim dalam norma kehidupan masyarakat sehingga ada yang sanggup menghantar kucing ke pusat jagaan agar jauh dari keluarga mereka dan ada juga yang sanggup melepaskan mereka terus ke hidupan liar.

Namun masih ramai yang kurang arif dan tahu bahawa membela kucing sebenarnya membantu ibu mengandung dan bayi yang baru dilahirkan dari segi kesihatan dan ketumbuhan mereka.

Ketika Ibu Hamil

Memelihara kucing ketika hamil sebenarnya ada manfaat yang kita semua tidak tahu dan peka.

Hamil, Ibu, Tubuh, Wanita Hamil

1 – Memelihara kucing dapat mengurangkan tekanan pada ibu yang hamil kerana mereka akan sering bersama si ibu setiap masa dengan setia.

Apatah lagi, kita sendiri sudah pasti dan yakin dengan kebersihan kucing di rumah memandangkan kita sendiri yag menjaga dan membersihkan mereka jadi mereka kurangnya terdedah kepada kotoran dan kuman yang merbahaya di luar.

selective focus photography of woman hugging gray kitten

2- Si ibu juga tidak terasa bosan jika perlu bersendirian di rumah kerana ada si bulus yang menemani dan menceriakan hati si ibu walaupun mereka mungkin akan tidur sepanjang hari.

Ketika Bayi Sudah Dilahirkan

3- Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Universiti Alberta menunjukkan bahawa risiko seorang bayi untuk diserang penyakit dan alergi dari kucing peliharaan amat rendah.

grayscale photo of girl kissing cat

Hal ini disebabkan tahap dua jenis bakteria usus Ruminococcus sering dikaitkan dengan masalah penyakit alergi bayi atau manusia, dan Oscillospira pula dikaitkan dengan masalah tahap kekurusan.

4- Tapi kalau anda nak tahu, sebenarnya kucing peliharaan yang dijaga dan dibersihkan membawa bakteria yang baik dan sihat untuk badan mereka jadi tiada masalah sekiranya kucing anda berada di dalam rumah atau mendekati bayi anda.

5- Terdapat juga sebuah kajian yang menyatakan bahawa kucing peliharaan dapat membantu masalah asma bayi anda.

baby in white tank top

Hal ini dikaitkan dengan kepelbagaian spesifik Gen 17q21 dimana ia merupakan faktor utama yang menyebabkan bayi anda menghidapi masalah asma.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

Walaupun anda sudah yakin dan bersedia untuk membela kucing ketika isteri atau ibu anda mengandung dan bayi yang sudah dilahirkan, anda perlu berwaspada dan berhati dengan perkara yang tidak diingini.

person in black and white striped long sleeve shirt sitting on chair

Anda perlu memastikan bayi dan kucing anda tidur dalam pengawasan kerana takut kucing anda menghempap si kecil. Ia amat bahaya kerana takut bayi anda kesesakan nafas.

Pastikan kuku mereka dipotong secara berkala dan tidak tajam kerana takut bayi anda dicakar kucing tanpa sengaja. Asingkan bayi anda dan kucing yang sedikit agresif dan masih muda kerana mereka berada dalam fasa bermain.

Apa-apapun anda perlu lebih berhemat dan bersikap adil terhadap kucing dan keluarga anda kerana kucing juga sebahagian dari anda. Mereka mungkin akan sedikit tertekan jika anda mengabaikan mereka dan tidak menjaga kebajikan mereka seperti selalu.

[Sumber: Themamamiaow]

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!