Kajian Buktikan Membela Kucing Mampu Tingkatkan Tahap Kesihatan Diri Anda - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kajian Buktikan Membela Kucing Mampu Tingkatkan Tahap Kesihatan Diri Anda

Avatar
Share

Jika anda mempunyai rakan atau kenalan yang mempunyai kucing, kemungkinan besar anda akan perasan bahawa mereka mempunyai perwatakan yang lebih ceria dan positif, betul tak?

Kucing sememangnya diketahui mampu memberi kesan positif kepada emosi dan perwatakan seseorang, tetapi tahukah anda bahawa makhluk yang kecil dan comel ini mampu memberi impak yang besar terhadap kesihatan manusia.

• Kajian mendapati kucing dapat membantu mengurangkan stres dengan mengurangkan tahap cortisol – yang terhasil akibat stres – dalam badan anda. Meluangkan masa dengan kucing dapat meningkatkan mood anda dan mengurangkan kemurungan seterusnya menjadikan anda lebih ceria.

• Selain itu, bunyi purr yang dikeluarkan kucing adalah bagus untuk kesihatan tulang, tendon dan otot anda. Bunyi purr yang mempunyai frekuensi antara 25 – 140 Hz mampu menggalakkan penyembuhan tulang yang patah, dan dapat membantu memperbaiki kesihatan tendon dan otot anda.

• Kucing juga adalah haiwan yang baik bagi bayi! Menurut kajian, bayi yang didedahkan dengan kucing dalam tahun pertama kelahiran mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat alahan serta mampu meningkatkan daya ketahanan mereka.

• Kucing juga bagus untuk kesihatan jantung anda. Mereka yang memiliki kucing mempunyai risiko sebanyak 30 peratus lebih rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti strok.

• Kucing adalah haiwan yang sangat baik bagi membantu kanak kanak autisme untuk merasa lebih tenang. Bahkan di negara-negara barat, terapi kucing bagi kanak-kanak yang mengalami autisme sudah diamalkan sejak sekian lama.

Menarik bukan apa yang mampu dilakukan oleh kucing? Jika anda masih belum memiliki kucing di rumah, mungkin sekarang anda akan merasa terpikat untuk memilikinya kerana ternyata kucing bukan sahaja mampu menjadi peneman dan menceriakan hari anda, tetapi boleh bertindak sebagai ‘doktor’ yang memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!