Betul Ke Kucing Boleh Lindungi Kita Semasa Tidur?
Share

Mempunyai kucing di rumah banyak faedah, bukan setakat menghiburkan hati malah mereka adalah tempat anda mengadu nasib. Jika anda jaga dan sayang haiwan comel ini, mereka juga akan menyayangi anda semula. Walaupun nampak bersahaja dan seperti tiada perasaan tetapi anda perlu tahu kelebihan kucing. Bukan anda sahaja yang menjaga mereka, mereka juga akan menjaga anda.
Terapi
Si bulus mampu menyerap aura negatif dalam rumah. Aura negatif terhasil daripada anda sendiri! Sebab itu ada yang mengatakan kucing adalah terapi apabila anda sedang ‘stress‘ dan bersedih. Jadi, anda beruntung jika mempunyai lebih daripada seekor kucing di rumah, pasti anda lebih tenang dan gembira.
Tetamu
Pernah tak anda berkunjung ke rumah orang atau pergi ke mana-mana, tiba-tiba kucing datang minta dibelai atau bermanja di kaki? Ini bermakna kucing selesa dan rasa selamat bersama anda. Sama juga semasa anda di rumah dan ada tetamu yang datang. Jika si bulus ini mengelilingi anda bermakna mereka cuba melindungi dan memberi petunjuk supaya anda lebih berhati-hati.
Melindungi
Jangan marah jika si comel menyibuk di atas katil, dalam bilik dan tidur bersama anda. Ada baiknya jika kucing tidur bersama. Ini bukan cerita hantu tetapi kucing mampu merasakan sesuatu yang tidak baik semasa anda sedang tidur. Kalau tengah malam anda sedang tidur, tiba-tiba si bulus melompat naik ke katil bermakna mereka sedang lindungi anda dari sesuatu yang anda sendiri tidak tahu.