Betulkah Kucing Boleh Tengok Hantu? Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Betulkah Kucing Boleh Tengok Hantu?

Share

Pemilik kucing pasti pernah berdepan situasi di mana kucing mereka melakukan perkara-perkara yang pelik dan menyeramkan seperti melihat sesuatu tempat atau kawasan seperti siling dengan begitu lama dan teliti atau mengiau ke tempat atau kawasan yang tiada apa-apa.

Tipulah kalau tak ada perasaan seram apabila melihat kucing anda berkelakuan seperti ini bukan? Fikiran kita pada ketika itu pun pasti terbayang-bayang perkara mistik dan berpendapat bahawa kucing kita sedang berkomunikasi dengan hantu.

Benarkah kucing boleh melihat hantu atau makhluk halus?

Mampu Berkomunikasi Dengan Roh?

Sejak zaman dahulu lagi kucing telah dikaitkan dengan perkara-perkara mistik dan ghaib, contohnya pada zaman Mesir Purba. Pada zaman tersebut, kucing sangat diagung-agungkan dan dianggap sebagai haiwan yang suci.

Ketika zaman itu juga, adalah menjadi kesalahan besar jika sesiapa didapati membunuh kuicng dan jika kucing peliharaan yang mati, keluarganya diwajibkan mencukur bulu mata sebagai tanda berkabung.

Sebab mengapa kuicng begitu diagung-agungkan pada ketika itu adalah kucing dipercayai merupakan perantara bagi manusia dan roh. Sejak itu, kucing mula diyakini mampu melihat dan juga berkomunikasi dengan makhluk halus.

Pendengaran Yang Sangat Sensitif

Kucing memiliki deria pendengaran yang amat jauh lebih tajam daripada manusia. Manusia hanya mampu mendengar bunyi sehingga 20,000 hertz sedangkan telinga kucing mampu mendengar sehingga 65,000 hertz.

Disebabkan itu, kucing berupaya mendengar bunyi-bunyi halus di sebalik dinding atau siling rumah seperti bunyi tikus, lipas atau mungkin juga bunyi aliran elektrik.

Penglihatan Yang Tajam

Bukan sahaja dari segi pendengaran, penglihatan kucing juga terbukti lebih tajam daripada manusia. Kucing tidak mengalami kesukaran untuk melihat di kawasan gelap.

Selain itu, kucing juga mampu melihat sinar ultraviolet, yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Jadi kucing boleh melihat makhluk-makhluk di dalam gelap atau yang memantulkan sinar ultraviolet yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Jadi benarkah kucing boleh melihat hantu?

Tiada bukti yang sahih untuk menyokong hujah ini tetapi perkara-perkara yang disebut di atas mungkin menjadi sebab kucing anda merenung dinding atau siling dengan begitu fokus sekali, serta mengiau di tempat-tempat yang pelik, justeru kelihatan seperti mereka sedang berkomunikasi dengan hantu.

Mungkin anda tidak menyedari atau mendengar kehadiran makhluk-makhluk yang mampu dilihat atau didengari oleh kucing anda, atau mungkin sebenarnya kucing mampu untuk melihat makhluk halus. Hehehe.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!