Biden Bakal Bawa Kucing Tinggal Bersama Di White House - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Biden Bakal Bawa Kucing Tinggal Bersama Di White House

Avatar
Share

Bakal presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan membawa kucing untuk tinggal bersama apabila mengambil alih White House pada Januari 2021.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Biden dan isterinya, Dr. Jill Biden mengesahkan perkara tersebut dalam satu temu ramah bersama CBS Sunday Morning.

Ketika tempoh berkempen, Biden pernah menyuarakan tentang hasratnya untuk menghidupkan semula tradisi haiwan peliharaan di White House.

Pada mulanya, pasangan tersebut dikhabarkan bakal membawa dua ekor anjing German Sheperd peliharaan mereka, Champ dan Major.

Joe dan Jill kini mengesahkan bahawa seekor kucing turut akan menyertai mereka apabila mereka berpindah ke White House.

Jill sebelum ini pernah meluahkan minatnya untuk membawa kucing ke White House jika suaminya berjaya menjadi presiden.

“Saya sangat suka untuk mendapatkan kucing. Saya suka mempunyai haiwan di rumah,” katanya kepada Fox 5 dalam satu temu ramah September lalu.

Kucing terakhir yang pernah tinggal di White House adalah seekor kucing hitam bernama India milik keluarga George W. Bush. Presiden sebelumnya, Bill Clinton juga mempunyai seekor kucing bernama Socks.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!