Brewers Yeast Buat Si Bulus Zero Kutu serta Gebu Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Brewers Yeast Buat Si Bulus Zero Kutu serta Gebu

Share
brewers yeast

Brewers Yeast terkenal di kalangan pencinta kucing kerana memberi banyak manfaat kepada si bulus, biasanya untuk mengurangkan kutu, pastikan sentiasa sihat dan penuh dengan tenaga, vitamin, dan banyak lagi. Kadang-kadang mengandungi bawang putih, ini mungkin tidak bermanfaat bagi kucing korang jika dia mengalami keadaan kesihatan yang serius.

9 Kelebihan Brewers Yeast

  • Sumber vitamin B yang sangat baik
  • Menjaga kulit, mata, dan bulu dengan sihat
  • Protein mengekalkan tenaga si bulus
  • Menghindarkan kutu
  • Meningkatkan selera makan dan keinginan untuk makan
  • Mengatur gula darah pada si bulus yang diabetes
  • Makanan tambahan / suplement secara natural
  • Mengurangkan risiko sawan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 
  • Menyokong sistem hati dan imun si bulus

Korang pun boleh tengok video di bawah yang si bulus ini boleh makan sendiri tanpa dipaksa dan semestinya dapat menambah selera mereka.

 

 

Brewers yeast ini boleh ditambahkan ke diet apa pun untuk kucing, sama ada korang memberi dalam wet food atau dry food.

Tetapi awas! untuk membuat penilaian penuh mengenai keselamatan penggunaan ini dalam makanan haiwan kesayangan korang, mari kita lihat kesan sampingannya. Kemungkinan kucing korang mungkin alah terhadap brewers yeast ini.

Tanda-tanda si bulus korang ada alahan:

  • Mengelupas kulit
  • Luka kulit merah
  • Menjilat, Mengunyah, Menggaru
  • Masalah gas atau pencernaan

Sekiranya korang melihat si bulus korang bertindak mudah marah, menggaru secara berlebihan, dan tanda-tanda reaksi alahan yang lain, berhenti memberi brewers yeast kepada mereka sekaligus. Reaksi alahan akan hilang dalam beberapa hari. 

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!