Cara Ajar Anak Kucing Bersosial - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Ajar Anak Kucing Bersosial

Avatar
Share

Pernahkah anda berjumpa dengan kucing yang penakut dan lari apabila bertemu orang atau memiliki kucing sedemikian?

Kucing-kucing yang penakut ini sama ada pernah melalui detik hitam seperti pernah dikasari atau dikhianati manusia lalu membuatkannya trauma atau tidak biasa dengan manusia sejak ia kecil.

Sebenarnya, anda boleh membantu kucing anda untuk tidak menjadi seekor kucing yang penakut dengan mengajarnya untuk bersosial sejak dari kecil.

Menurut penolong professor klinikal di Jabatan Tingkah Laku, Ekologi dan Pemuliharaan Haiwan di Kolej Canisius di Buffalo, New York, Miranda Workman, “Waktu yang sesuai dan paling penting untuk mengajarnya bersosial adalah antara tiga ke sembilan minggu.”

“Bagaimanapun, mereka harus berada bersama ibu mereka, jika boleh, ketika tempoh bersosial. Adalah penting untuk anak kucing bersama ibunya kerana kucing mengenalpasti teman sosialnya ketika fasa ini. Mereka mula membina ikatan sosial dengan kucing lain bermula pada hujung minggu ketiga,” kata beliau.

Pada tempoh yang sama juga, anak kucing turut mula menganggap manusia dan haiwan lain sebagai teman sosialnya, jika pergaulan berlaku dengan positif. Pergaulan bersama manusia serta haiwan lain harus bermula sebelum usianya lima minggu.

Tetapi, jika anda mengambil kucing jalanan yang berumur lebih dari lima minggu, jangan risau kerana masih belum terlambat untuk mengajarnya bersosial.

Ganjaran Positif

Ini adalah perkara utama dan sangat penting untuk mengajar kucing anda bersosial. Miranda mencadangkan supaya membawa kucing anda berjalan-jalan dengan pengalaman yang menyeronokkan.

Jika kucing anda masuk ke dalam carrier, berikannya treats. Jangan hanya gunakan carrier ketika ingin membawanya berjumpa vet, gunakan juga carrier untuk membawanya berjalan-jalan ke tempat yang seronok.

Selain itu, anda juga boleh membawa kucing ke klinik haiwan untuk suka-suka sahaja – tanpa vaksin atau pemeriksaan. Miranda berkata, “Semakin selesa kucing anda dengan suasana klinik haiwan, semakin mudah bagi vet anda melakukan tugasnya.”

Treats

Cara ini adalah antara cara yang mudah untuk mengajarnya bersosial. Dengan ‘merasuah’nya menggunakan snek kegemarannya, anda pasti boleh mengajarnya melakukan apa-apa sahaja.

Contohnya, jika sesiapa sahaja yang datang ke rumah anda, tidak kira sama ada kawan, keluarga atau abang posmen sekalipun, berikan anak kucing anda treats kegemarannya.

Dengan cara ini, anak kucing anda akan teruja dengan kehadiran orang dan tidak berasa takut dengan orang asing.

Adakan ‘Parti’ Di Rumah

Jemput rakan-rakan atau saudara-mara anda ke rumah untuk makan-makan, kenduri atau sekadar melawat supaya anak kucing anda biasa dengan orang asing.

Ini adalah waktu untuk anda memperkenalkan anak kucing anda kepada tetamu anda dan bermain dengannya. Cara ini dapat membantu membuang perasaan takut dalam diri anak kucing.

Fikirkan Tentang Ruang

Kucing adalah haiwan yang sangat mementingkan tentang ruang. Anda harus perlahan-lahan memperkenalkannya kepada kawasan rumah anda dan mulakan dari bilik kecil dahulu sebelum seluruh rumah anda.

Tutup ruang-ruang seperti bawah katil pada peringkat awal supaya ia tidak sentiasa menyorok daripada anda. Ini akan menyukarkan lagi proses bersosial buatnya.

Biarkan pintu carrier terbuka, dengan selimut yang selesa dan treats di dalamnya. Biar anak kucing anda teroka sendiri dan biarkan ia keluar masuk dengan sendirinya suapaya ia tahu bahawa carrier bukanlah ruang yang tidak selamat untuknya.

Teruskan Bersosial Walaupun Sudah Meningkat Dewasa

Selepas anda berjaya membantu kucing anda menjadi seekor kucing yang manja, periang dan mudah mesra, anda pasti fikir bahawa anda tidak lagi perlu membantunya bersosial.

Seperti manusia dan haiwan-haiwan lain, tingkah laku dan sikap kucing boleh berubah bergantung kepada pengalaman yang dilaluinya dan persekitarannya.

Jadi teruskan usaha yang anda lakukan pada awal proses bersosial supaya kucing anda kekal menjadi seekor kucing yang ceria dan mesra.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!