Cara Bantu Kucing Obes Anda Turunkan Berat Badan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Cara Bantu Kucing Obes Anda Turunkan Berat Badan

Share

Masalah obesiti di kalangan kucing adalah perkara yang biasa dan kurang diberikan perhatian kerana ramai orang beranggapan bahawa kucing yang gemuk itu comel.

Kucing dikira sebagai obesiti apabila ia mempunyai berat lebih 20% daripada berat idealnya.

Tetapi, kucing yang gemuk atau mempunyai masalah obesiti sebenarnya menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan normal seperti kucing-kucing lain. Masalah obesiti akan menyukarkan kucing untuk memanjat, bermain dan membuatkan si bulus menjadi malas.

Selain itu, kucing yang mempunyai masalah obesiti juga mempunyai masalah kesihatan dan berisiko lebih tinggi dijangkiti penyakit merbahaya seperti osteoarthritis, batu karang, kanser, penyakit jantung, hypertension dan penyakit-penyakit lain.

Jika anda mempunyai kucing yang mempunyai masalah obesiti, inilah masanya untuk anda bantunya menurunkan berat badan supaya ia sihat.

Langkah Pertama: Rujuk Doktor Haiwan Untuk Khidmat Nasihat

Untuk bermula, anda harus merujuk dengan doktor haiwan terlebih dahulu kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu kucing anda. Apabila berjumpa dengan doktor haiwan, mereka boleh merangka pelan menurunkan berat badan berdasarkan masalah kucing anda.

Doktor haiwan juga akan menyarankan makanan yang sesuai untuk kucing anda dan memberi panduan senaman yang kucing anda boleh lakukan di rumah.

Langkah Kedua: Pantau Berat Badan Si Bulus

Setelah anda mulakan proses menurunkan berat badan untuk si bulus, anda harus memantau berat badannya sebaik-baiknya seminggu sekali. Catat berat badannya supaya doktor boleh memantau perkembangannya apabila anda membawa si bulus ke klinik haiwan. Ini akan memudahkan tugas doktor untuk membantu si bulus menurunkan berat badan.

Langkah Ketiga: Jadikan Masa Makan Sebagai Masa Senaman

Anda boleh dapatkan pelbagai alat permainan di pasaran yang direka khas untuk membuatkan si bulus bergerak dan bersenam. Untuk menjimatkan wang, anda boleh gunakan kreativiti anda sendiri seperti menyusun makanan supaya si bulus bergerak berbanding meletakkan sekaligus di dalam bekas, atau meletakkan treats di sekitar kawasan rumah supaya si bulus bergerak mencarinya.

Langkah Keempat: Bantu Kucing Anda Bersihkan Diri

Banyak kucing yang mempunyai masalah obesiti mengalami kesukaran untuk membersihkan diri kerana mereka tidak dapat mencapai sesuatu kawasan. Ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan kuman. Anda boleh bantunya dengan menyikat bulunya atau menghantarnya ke sesi grooming.

Langkah Kelima: Pantau Kucing Anda Setelah Berjaya Turunkan Berat Badan

Setelah si bulus berjaya turunkan berat badan ke berat yang ideal, perjalanan anda sebenarnya masih belum tamat. Anda harus sentiasa memantau si bulus supaya ia tidak kembali seperti dahulu. Teruskan apa yang anda lakukan ketika proses menurunkan berat badannya seperti bersenam dan memantau berat badannya. Dapatkan juga nasihat daripada doktor haiwan mengenai keadaan kucing anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!