Cara Bersihkan Ear Mites (Tungau Telinga) Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Cara Bersihkan Ear Mites (Tungau Telinga)

Share

Ear mites (tungau telinga) adalah sejenis jangkitan kutu yang sering menyerang kucing atau anjing. Biasanya, ear mites tidak menyebabkan kerosakan gegendang telinga tetapi adanya jangkitan sekunder yang disebabkan bakteria mampu menyebabkan kerosakan selaput gegendang telinga.

Apabila ini berlaku, jangkitan telinga bahagian tengah yang teruk boleh berlaku. Akibatnya, si bulus anda berisiko hilang keseimbangan, kekeliruan dan gangguan saraf lain sehingga mengganggu fungsi pendengaran telinga si bulus.

Tanda-tanda si bulus diserang ear mites
• Menggoyang-goyang atau menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak selesa
• Kerap menggaru-garu telinga sehingga menyebabkan kemerah-merahan atau luka
• Telinganya penuh dengan tahi telinga berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi

Cara-cara membersihkan ear mites

1. Membersihkan telinga kucing harus dijadikan rutin mingguan atau dua minggu sekali. Mulakan seawal umur 8 minggu supaya si bulus biasa dengan rutin tersebut dan tidak marah jika anda mahu membersihkan telinganya.
2. Pegang hujung telinga si bulus dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Terbalikkan cuping telinga dari dalam ke luar sehingga dapat melihat bahagian dalam telinga. Sekiranya terdapat kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau coklat kehitaman seperti kopi, bawa si bulus berjumpa vet.
3. Sedikit ear cleaner untuk mencuci telinga kucing dengan mengelap menggunakan putik kapas atau bebola kapas yang lembab. Letakkan beberapa titis ubat ear mites ke dalam lubang telinga kucing bagi menghapuskan kuman dan tungau.
4. Gosok di pangkal telinga kucing untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing dengan rata. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci semula
5. Biarkan kucing anda menggaru pada bahagian telinga selama 5 minit. Sekiranya kucing anda menggaru dengan kerap dan terkesan akibat ubat ear mites tadi, ini menunjukkan jangkitan tersebut aktif dan wujud dalam telinga si bulus.
6. Gunakan bebola kapas yang dilembabkan dengan ear cleaner sekiranya ada untuk membersihkan kawasan telinga kucing dari kotoran selepas dititikkan ubat ear mites. Jangan mencuci terlalu dalam kerana dikhuatiri mampu menyebabkan luka pada bahagian dalam telinga.
7. Ulang langkah di atas jika perlu, sambil memanjakan atau membelai si bulus, supaya ia tidak takut atau lari pada sesi mencuci telinga yang seterusnya.

Tags:
error: Content is protected !!