Cara Biasakan Kucing Jalanan Hidup Di Dalam Rumah Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Biasakan Kucing Jalanan Hidup Di Dalam Rumah

Share

Jika anda pernah mengambil kucing jalanan untuk dijadikan kucing peliharaan, pastinya anda faham akan kesusahan untuk membiasakan kucing tersebut supaya ‘lekat’ di rumah.

Ini kerana, kucing jalanan sudah biasa dengan kehidupan mereka yang ‘bebas’ tanpa sebarang peraturan, jadi agak janggal untuk mereka mengadaptasi kehidupan sebagai kucing indoor.

Walaupun sukar, ianya adalah perkara yang tidak mustahil, terutamanya jika pemilik sedia membantu kucing jalanan mengadaptasi kehidupan mereka sebagai kucing indoor.

Berikut adalah tips bagaimana anda boleh melatih kucing jalanan menyesuaikan diri di dalam rumah.

Bina Kepercayaan Pada Diri Anda Dan Si Bulus

Kucing adalah haiwan yang mudah dilatih untuk memupuk rasa percaya terutamanya terhadap tuan serta keluarganya.

Ia mudah mengenal pasti perasaan tuannya, oleh itu percaya pada diri sendiri bahawa anda akan berjaya melatih kucing jalanan menjadi kucing peliharaan di dalam rumah.

Helahnya sangat mudah, bina suasana dalam rumah yang lebih menarik berbanding suasana di luar rumah.

Sifat semula jadi si bulus iaitu sifat ingin tahu yang tinggi akan memudahkan anda menarik perhatian mereka.

Lakukan Perubahan Secara Berperingkat

Sekiranya anda ingin melatih kucing untuk membiasakan diri dengan persekitaran dalam rumah, lakukan secara berperingkat.

Latih si bulus satu perkara pada satu masa supaya mereka tidak keliru dengan arahan anda.

Sebagai permulaan, anda boleh kenalkan si bulus dengan scratcher dan litter box untuk mengelakkan mereka dari mencakar perabot dan membuang najis merata-rata.

Latih kucing anda untuk makan di dalam rumah dan luangkan masa dengan aktiviti di dalam rumah dengan lebih kerap.

Sekiranya mereka cuba larikan diri, cuba beberapa helah supaya mereka jauh dari pintu seperti memberikan percikan air setiap kali mereka mendekati pintu.

Jangan sesekali meninggikan suara atau menggunakan kekerasan terhadap si comel kerana anda akan menakutkan mereka dan mematahkan kepercayaan yang dibina.

Bina Suasana Yang Menyeronokkan Di Dalam Rumah

Walaupun sudah menjadi kucing indoor, kucing masih mengekalkan tingkah laku semula jadi mereka.

Bina suasana di dalam rumah yang membolehkan mereka mengekspresi tingkah laku tersebut.

Kucing bermain mengikut naluri pemburuan mereka, disebabkan itu tingkah laku sewaktu bermain lebih kepada menerkam, mengejar dan mengetuk.

Permainan bebola sangat sesuai untuk sifat mereka yang suka mengejar dan menerkam.

Selain itu, permainan mendaki dan memanjat bersesuaian dengan sifat mereka yang gemar memerhati dunia dari ketinggian tertentu.

Sediakan tempat untuk mereka melihat burung atau haiwan kecil di tepi tingkap, dan berjemur di bawah sinaran matahari.

Jangan Cepat Berputus Asa

Sekiranya anda hampir berputus asa apabila segala langkah yang dicuba menemui jalan buntu, lihat semula dimana kekurangan yang menyebab kegagalan itu.

Cuba langkah alternatif seperti membiasakan kucing tersebut memakai harness dan membawa mereka bersiar-siar di luar rumah.

Fungsi harness adalah untuk mengelakkan kucing berjalan terlalu dari anda dan berdepan bahaya.

Bina rumah kucing di laman rumah anda supaya kucing boleh menikmati suasana luar rumah tanpa berdepan bahaya.

Sekiranya kucing anda dijangkiti penyakit, jangan pernah terfikir untuk mengabaikan mereka di luar rumah.

Sebaliknya cuba rawat penyakit tersebut sehingga mereka kembali pulih.

Bertegas Dengan Si Bulus Sekali Sekala

Sekiranya anda masih mengalami kesusahan melatih si bulus semasa proses peralihan, kenali waktu di mana anda harus bertegas.

Jangan selalu mengalah dengan permintaan si comel untuk sentiasa berada di luar rumah.

Rujuk pakar haiwan untuk mendapatkan preskripsi ubat anti-anxiety atau terapi homeopathic untuk membantu kucing mengalami proses peralihan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!