Cara Cegah Kucing Daripada 'Membuang' Di Kawasan Rumah Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Cegah Kucing Daripada ‘Membuang’ Di Kawasan Rumah

Share

Selalukah anda mempunyai masalah di mana kucing jalanan/ liar atau mungkin juga kucing anda sendiri suka membuang najis di halaman rumah atau di tanaman anda? Walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk mengelakkan daripada perkara tersebut, halaman rumah anda tetap dipenuhi dengan najis kucing.

Berikut kami kongsikan apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan kucing daripada membuang najis di halaman atau di tanaman anda.

Gunakan Bau

Hidung kucing amat sensitif, mereka tidak sukakan bau-bau seperti pohon rue, lavender, pudina dan lemon thyme. Tanam pokok-pokok seperti ini di sekitar halaman rumah anda. Kucing juga tidak suka kepada bau citrus seperti limau atau oren. Letakkan kulit buah-buahan seperti ini di sekitar halaman rumah.

Anda juga boleh gunakan serbuk kopi yang telah digunakan di sekitar tanaman anda untuk mengelakkan kucing daripada membuang najis di sekitar tanama anda.

Selain itu, anda boleh dapatkan semburan anti-kucing yang dijual di pasaran. Ia mengeluarkan bau seakan-akan pemangsa yang menyebabkan kucing tidak berani untuk mendekati. Jangan risau, semburan seperti ini kebiasaannya tidak membahayakan tanaman anda.

Adult pregnant domestic cat isolated on a white background.

Lindungi Kawasan/Tanaman

Kucing gemar membuang najis di permukaan lembut seperti pada permukaan pasir atau tanah, terutamanya di sebelah pokok kerana ia tersorok.

Cuba lindungi kawasan berkenaan dengan batu-batu, ranting, lidi atau apa-apa sahaja objek di sekitar tanaman anda.

Bersihkan Kawasan Yang Menjadi Target

Jika halaman rumah anda sentiasa dijadikan target oleh kucing, ini bermakna kawasan tersebut sudah ditanda oleh kucing. Cuba cuci kawasan tersebut dengan sabun untuk menghilangkan bau yang telah ditanda oleh kucing. Kucing gemar membuang di kawasan sama yang ia sudah selesa. Semburkan cecair anti-kucing di kawasan yang sering menjadi mangsa itu.

Pasang Pagar

Pasang pagar atau penghalang di sekitar tanaman atau kawasan yang sering menjadi sasaran kucing. Disarankan sekitar 1.5 meter tinggi supaya kucing tidak mampu untuk melompat melepasinya.

Pasang Bunyian

Cuba pasang penggera automatik yang mengeluarkan apabila mengesan pergerakan. Terdapat penggera ultrasound khusus yang mengeluarkan frekuensi yang kucing tidak suka, tetapi tidak kedengaran oleh telinga manusia.

Sediakan Bekas Najis Di Luar Rumah

Anda juga boleh menyediakan bekas najis di luar rumah supaya kucing tidak membuang najis di kawasan rumah atau tanaman anda. Dengan cara ini, mungkin anda boleh ‘membuat kawan’ dengan kucing berkenaan. Tambahan, anda juga dapat pahala kerana berbuat baik kepada haiwan, bukan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!