Cara Elak Kucing Masuk Ke Dapur Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Elak Kucing Masuk Ke Dapur

Share

Dapur adalah salah satu kawasan di dalam rumah yang pemilik kucing tidak mahu kucingnya masuk.

Bukan apa, kadang-kadang risau jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada keluarga ataupun kucing anda sendiri.

Namun agak sukar untuk menghalang kucing daripada masuk ke dapur kerana di mana terletaknya makanan, di situ adanya kucing.

Jika anda menghadapi masalah ini, berikut HaiMeow kongsikan tips untuk menghalang kucing anda daripada masuk ke kawasan dapur.

Guna ‘Repellent’

Cara terbaik untuk menghalang kucing daripada masuk ke dapur atau memanjat kabinet di dapur adalah dengan menggunakan ‘repellent’ atau penghalang kucing.

Terdapat pelbagai jenis ‘repellent’ yang dijual di pasaran atau kedai haiwan peliharaan.

‘Repellent’ ini boleh datang dalam bentuk cecair yang mengeluarkan bau yang tidak digemari kucing, alat yang mengeluarkan bunyi yang sensitif pada telinga kucing atau lain-lain.

Kucing anda pasti tidak mahu mendekati dapur lagi selepas ini.

Alih Perhatian

Sebaik sahaja anda melihat kucing anda menghampiri kabinet dapur, alih perhatian mereka. Anda boleh membaling mainan atau menarik perhatiannya dengan ‘treats’ ke arah yang bertentangan.

Belai mereka, beri mereka makanan, atau bermain dengan mereka jika kucing anda bertindak balas dengan anda.

Dengan cara ini, anda boleh memberi mereka ganjaran kerana tingkah laku yang baik.

Alternatif Lain

Kucing sukakan ketinggian, ini boleh menjadi salah satu sebab utama mengapa merek mahu berada di bahagian kabinet rumah anda, termasuk kabinet dapur.

Jika anda fikir kerja-kerja di dapur akan terganggu dengan kehadiran si bulus, sebagai pemilik anda harus memikirkan alternatif bagi masalah ini.

Bagaimana dengan meletakkan rumah kucing atau ‘cat tree’ di kawasan dapur? Letakkan di satu sudut di bahagian dapur supaya si bulus dapat melihat apa yang anda lakukan tanpa mengganggu anda.

Alternatif lain mungkin termasuk memasang rak yang sesuai dengan berat kucing anda atau buai tetingkap bagi kucing anda menghabiskan waktunya.

Alih Makanan

Kebiasaannya, kucing melompat di atas kabinet dapur kerana mereka tahu terdapat sesuatu yang menarik di atas, terutamanya makanan.

Cuba simpan makanan di kawasan lain atau kawasan yang tertutup yang mereka tidak mampu capai.

Lama-kelamaan, si bulus tidak lagi akan naik ke kabinet dapur kerana mereka tahu tiada apa-apa yang menarik di situ.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!