Cara Mudah Untuk Menggembirakan Kucing Anda - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Mudah Untuk Menggembirakan Kucing Anda

Share

Sebagai pemilik kucing, kita pasti mahukan si bulus sentiasa berasa gembira dan ceria, bukan? Sebenarnya, tidak sukar untuk anda menggembirakan si bulus di rumah, anda hanya perlu kreatif dan inovatif sahaja.

Terdapat beberapa perubahan mudah yang boleh anda lakukan pada rumah anda dan rutin harian anda yang akan membantu memberikan kucing rangsangan yang diperlukan untuk memastikan mereka terhibur semasa anda tiada di rumah.

Ubah Suai Rumah Supaya ‘Mesra Kucing’

Salah satu kunci untuk menggembirakan kucing anda adalah menjadikan rumah anda sebagai rumahnya juga. Ini adalah dengan membuat rumah anda menjadi dengan rumah mesra kucing. Rumah mesra kucing dilengkapi dengan sudut-sudut atau lokasi untuk si bulus memuaskan naluri semula jadinya seperti memanjat, merangkak, menggaru dan memiliki kawasan untuknya bersendiri.

Contoh rumah mesra kucing [Gambar: Sora News 24]

Sediakan Tumbuhan

Kucing gemar bermain dengan tumbuhan dan kadang-kala makan tumbuhan tertentu. Terdapat banyak tumbuhan kucing di pasaran yang anda boleh dapatkan untuk si bulus. Pastikan tumbuhan yang anda sediakan selamat untuknya.

Masa Bermain

Jadualkan masa bermain dengan kucing setiap hari. Dicadangkan menggunakan mainan seperti kayu bertali atau berbulu dan biarkan kucing anda melompat dan mengejar mainan seperti ia akan lakukan dengan mangsanya di dunia liar.

Pastikan juga anda mempunyai beberapa mainan yang lebih kecil yang boleh dilambung dan dibawa menggunakan mulutnya. Selain itu, kucing sememangnya gemarkan permainan dengan catnip.

Bina Cabaran

Semasa anda keluar, kucing akan bermain keseorangan, jadi mengapa tidak berikan sedikit cabaran kepadanya? Cari permainan elektronik yang boleh dimatikan secara automatik bagi membolehkan kucing anda mendapatkan senaman ketika anda tiada di sisi.

Bagi menyeimbangkan diet kucing anda, anda boleh membahagikan peruntukan makanan mengikut nasihat doktor semasa ketiadaan anda di rumah. Alternatif lain adalah dengan menggunakan kotak puzzle yang boleh diisi dengan mainan kecil

Ubah Suai Rumah

Anda tidak mahu situasi menjadi semakin membosankan untuk si bulus? Jadi fikirkan cara untuk mengubah persekitaran sedikit demi sedikit. Cuba gerakkan tumbuhan kucing anda ke sudut yang berbeza dan kucing anda mungkin melihatnya semula sebagai sesuatu yang baru.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!