Cara Tenangkan Kucing Yang Penakut - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Cara Tenangkan Kucing Yang Penakut

Share

Adakah anda mempunyai kucing yang penakut? Ia adalah sifat semulajadi untuk mempunyai rasa takut kerana ia adalah sebahagian daripada fasa kehidupan, terutama jika kucing itu pernah disakiti atau mempunyai trauma.

Namun, masalah timbul apabila rasa takut kerap timbul sehingga turut berasa terancam dengan objek-objek di sekitarnya. Kadang kala, kucing yang penakut juga boleh bertindak agresif terhadap pemilik kerana ia cuba mempertahankan dirinya.

Tanda-tanda Ketakutan

Kenali tanda-tanda apabila kucing sedang dalam ketakutan:

  • Telinga menjadi leper dan rata
  • Mendesis
  • Mahu melepaskan diri
  • Tubuh melengkung ke belakang
  • Bulu tegak berdiri
  • Menggigil
  • Mata mengecil/sepet

Cari Punca

Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kucing berasa takut. Setiap daripadanya mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza. Kucing boleh berasa takut terhadap pemiliknya, atau orang yang tidak dikenali.

Selain itu, ada yang takut ketika berjumpa vet kerana tidak suka mendapatkan rawatan.

Kebanyakan kucing juga takut terhadap bunyi yang bising atau kuat seperti guruh, bunyi salakan anjing dan bunyi kenderaan yang terlalu kuat.

Cuba kenal pasti apa punca yang menyebabkan kucing anda berasa takut, supaya mudah bagi anda untuk menenangkan dan membantunya mengatasi ketakutannya.

Atasi Ketakutan

Terdapat pelbagai cara untuk anda membantu kucing yang berada dalam ketakutan:

  • Jauhkan kucing anda daripada objek/orang yang ditakuti
  • Tenangkan kucing anda dengan memeluk atau membelainya
  • Lakukan perkara yang disukainya ketika ia berasa takut
  • Berinya treats atau makanan yang digemarinya untuk menenagkannya seketika
  • Perlahan-lahan mengenalkan objek/manusia yang ditakutinya dan yakinkan mereka bahawa objek/manusia itu tidak memberi ancaman kepadanya.

Jangan Jadi Punca

Jika sebagai pemilik juga anda menjadi punca utama ketakutan si bulus, pastikan anda tahu bagaimana cara untuk mendapatkan kepercayaan si bulus. Cuba fahami perilaku si bulus dan pastikan anda menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kesabaran dan kekerapan untuk mendapatkan kepercaannya adalah sangat penting. Paling penting, jangan cuba memaksanya dan biarkan ia bersendirian jika ia tidak suka. Kesabaran adalah kunci utama!

Guna Objek Yang Mampu Menenangkan

Terdapat objek yang dapat membantu kucing anda menenangkan diri dan membantunya mengatasi rasa takut:

  • Herba: Boleh dibeli di klinik veterinar ataupun di kedai haiwan peliharaan. Bagaimanapun, elok anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi sebarang penggunaan herba atau tumbuhan untuk menenangkannya
  • Pheromone: Pheromone adalah cara terbaik untuk memperbaiki suasana serta mesra persekitaran bagi kucing anda. Pheromone adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh kucing untuk menghiburkan diri dan berkomunikasi dengan kucing lain. Pheromone boleh datang dalam pelbagai bentuk, seperti semburan, plug-in dan juga kolar.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!