CatVideoFest: Tempat Peminat Kucing Berkumpul Tonton Video Si Bulus - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

CatVideoFest: Tempat Peminat Kucing Berkumpul Tonton Video Si Bulus

Share

Apakah perkara yang lebih best dari duduk di rumah sambil scroll handphone anda melihat video-video lucu dan comel kucing? Tentunya berkumpul beramai-ramai bersama peminat kucing lain sambil menonton video-video kucing di skrin besar!

CatVideoFest adalah satu acara di mana peminat-peminat kucing berkumpul beramai-ramai di satu lokasi untuk menonton klip-klip kucing yang comel dan lucu dari seluruh dunia.

Walaupun acara tersebut hanya menyiarkan klip-klip kucing dan bukanlah filem tentang kucing, CatVideoFest sering mendapat sambutan daripada orang ramai – well, cat sells.

Acara ini juga pernah dianjurkan di luar negara seperti Australia, Austria dan Ireland – bukti bahawa ia begitu mendapat sambutan dan permintaan.

Tujuan utama acara ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana untuk kucing-kucing yang memerlukan dan juga badan-badan kebajikan haiwan lain.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=eEgMlSoTQXo[/embedyt]

Bila agaknya mereka nak anjurkan di Malaysia pula?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!