[VIDEO] “Jangan Bagi Dekat Ummi, Jangan..” Reaksi Anak Usik Ibunya Yang Takutkan Kucing Undang Tawa Netizen );

Type to search

Cerita Haimeow

“Jangan Bagi Dekat Ummi, Jangan..” Reaksi Anak Usik Ibunya Yang Takutkan Kucing Undang Tawa Netizen

Share

Meskipun kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan diminati ramai, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih takutkan kucing.

Tanpa mengira usia tua ataupun muda, masing-masing mempunyai tahap keberanian yang berbeza-beza.

Melihatkan situasi video di bawah, ianya jelas menunjukkan bahawa anak kecil yang comel ini lebih berani dari ibunya sendiri.

Menerusi suaranya sahaja sudah menampakkan yang si ibu berada dalam keadaan resah dan tidak senang duduk tatkala anaknya yang mengacah ibunya dengan  si meow.

“Kucing Tu Pun Takut Dengan Kau”

takutkan

 

Selepas digomol dan dipeluk beberapa kali, kucing itu akhirnya dilepaskan ke lantai dan ianya nyata satu kepuasan buat si ibu yang ternanti-nantikan saat itu.

Rata-rata netizen turut terhibur melihatkan situasi tersebut dan meluahkan rasa gembira di ruangan komen.

takutkan

takutkan

takutkan

Jangan dibuat main orang yang takutkan kucing ni, silap-silap boleh lari rumah nanti kan?

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Gelagat Si Meow Cuba Belah Tembikai Gunakan Lidi, Tetap Comel Walaupun Gagal

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!