'Angkut' 10 Ekor Kucing Balik Sabah, Tindakan Keluarga Ini Tidak Tinggalkan Bulus Kesayangan Dipuji );

Type to search

Cerita Haimeow

‘Angkut’ 10 Ekor Kucing Balik Sabah, Tindakan Keluarga Ini Tidak Tinggalkan Bulus Kesayangan Dipuji

Share
Kucing airport

Kos untuk membawa kucing dari semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak bukanlah murah. Selain itu, prosesnya juga agak rumit dan melecehkan.

Harga bagi menguruskan seekor bulus saja pun sudah boleh mencecah RM1,000, apatah lagi jika lebih.


Baca Juga: Rakaman CCTV tunjukkan Kucing Hampir Diculik Depan Rumah, Mujur Ia Pandai Lawan Dan Lepaskan Diri


Namun, ia tidak menghalang sebuah keluarga ini untuk membawa 10 ekor bulus kesayangan mereka bersama pulang ke Sabah.

Kisah itu diceritakan seorang pengguna Facebook, Inn Intan Noraini yang terserempak dengan keluarga tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, keluarga itu membawa pulang kesemua 10 ekor bulus milik mereka ke Sabah menggunakan 10 carrier.

“MashaAllah, terjumpa famili ni kat KLIA Airport. Katanya nak balik Sabah. Diangkutnya 10 ekor kucing kesayangan.

“Ku tinjau breed apa ni.. Allah..kucing kampung saja. Terharu sangat. Kerana beliau tidak meninggalkan beban utk orang Lain. Moga Allah permudahkan segala dan merahmati mu sis,” tulisnya.

Dia memuji tindakan keluarga tersebut yang tidak meninggalkan bulus mereka, seperti sebahagian pemilik lain yang hanya meninggalkan haiwan peliharaan mereka jika berpindah ke kawasan lain.

Tindakan keluarga itu juga turut mendapat pujian dari netizen di ruangan komen.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!