Keluarga Ini Bina Rumah 'Idaman' Kucing Peliharaan Sebanyak RM4 Ribu - Bertuah Sungguh Si Comel );

Type to search

Cerita Haimeow

Keluarga Ini Bina Rumah ‘Idaman’ Kucing Peliharaan Sebanyak RM4 Ribu – Bertuah Sungguh Si Comel

Share
bina

Setiap pemilik kucing pastinya mempunyai hasrat dan keinginan yang besar untuk membina sebuah rumah khas untuk si bulus kan?

Dikongsikan menerusi akaun tiktok @nuri_alwani, video ini melihatkan proses pembinaan sebuah rumah khas untuk kesemua 30 ekor kucing miliknya.

Dibina bersebelahan dengan rumahnya, ruang luas yang dimiliki telah digunakan sebaik mungkin bagi memberikan keselesaan pada si bulus. Sekurang-kurangnya, ada la tempat berteduh yang selamat untuk si meow kan?

 


BACA JUGA: Warga Emas Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Dengan Kucing Sampai Mati


https://www.tiktok.com/@masrupawan_nurialwani/video/7067823151979203867?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7044715066152076801

Bermula dengan hanya segulung tikar getah, rumah berkenaan seterusnya dinaik taraf satu persatu dengan pelbagai lagi barangan kelengkapan yang lain.

Selain itu, keluarga berkenaan difahamkan turut menyediakan barangan mainan dan juga perkakas kucing di dinding, maka tidak hairanlah kos keseluruhan pembinaan rumah itu boleh mencecah harga RM4 ribu. 

Ianya mungkin boleh dijadikan rujukan buat pemilik kucing di luar sana untuk turut sama menyediakan rumah impian si bulus suatu hari nanti.

bina

Keselamatan, kebersihan dan juga kebahagiaan kucing menjadi aspek kepentingan utama dalam hal ini. Maklumlah, si meow pun nak tinggal dalam persekitaran yang selesa.

Lagi-lagi kalau dalam bilangan yang besar seperti video di atas, mana boleh tinggal dalam sangkar je kan?

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!