Gara-Gara Beri Makanan Tiruan, Kucing Peliharaan Mati Terbunuh Tanpa Disengajakan );

Type to search

Cerita Haimeow

Gara-Gara Beri Makanan Tiruan, Kucing Peliharaan Mati Terbunuh Tanpa Disengajakan

Share
beri

Pelbagai jenis makanan kucing yang tersedia di pasaraya dan rata-rata pemilik kucing pastinya mempunyai pilihan yang tersendiri untuk si bulus.

Di zaman yang serba canggih kini, makanan kucing turut boleh didapatkan secara jualan dalam talian namun sejauh manakah tahap ketulenan dan keselamatan produk makanan tersebut?

Adakah produk yang dijual benar-benar asli dan disahkan oleh pihak syarikat pengeluar?

Mungkin ada di antaranya yang benar-benar produk asli dan dijual dengan harga berpatutan namun nasib malang menimpa lelaki ini apabila kucing peliharaannya dikatakan mati selepas makan makanan tiruan.

beri

Pengalaman buruk itu dialami oleh kucing peliharaan Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid, 55, selepas termakan makanan tiruan yang dibeli secara dalam talian.

Khalid berkata, makanan itu dibeli beberapa bulan lalu di sebuah platform jualan dalam talian terkemuka.

“Kebiasaannya, saya membeli makanan kucing di kedai tetapi membuat pembelian dalam talian kerana mahu mengehadkan pergerakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya fikir, kaedah itu lebih mudah dan selamat dalam tempoh pandemik kerana transaksi dilakukan secara dalam talian dan hanya perlu menunggu barangan sampai di rumah.

“Ketika itu, saya tidak berasa ragu-ragu atau terlalu teliti untuk memeriksa keaslian produk dibeli sehingga nampak kesannya pada kucing peliharaan tidak lama selepas diberi makanan berkenaan,” katanya.

beri

Menurut Khalid, apa yang berlaku membuatkannya serik untuk membeli makanan secara dalam talian.

“Cukuplah, itu kali pertama dan terakhir saya membeli makanan kucing secara dalam talian.

“Tak sanggup rasanya melihat kucing mati dan menderita malah rumah saya penuh dengan bulu kucing ketika itu, ibarat salji.

“Hasil maklumat yang saya terima, ramai pemilik dan pembiak baka kucing sudah menjadi mangsa kegiatan itu yang berkemungkinan telah wujud sejak dulu cuma ianya semakin aktif dalam tempoh pandemik,” katanya.

beri

Khalid berharap, pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan melakukan pemantauan kerana makanan kucing tiruan itu adalah daripada jenama terkemuka di pasaran yang sering menjadi pilihan pembeli.

Justeru, Khalid enggan lebih ramai terpedaya hingga kucing menjadi mangsa akibat ketamakan pengeluar dan penjual makanan yang hanya tahu mengaut untung.

beri

Hati-hati ye pencinta kucing sekalian, zaman sekarang ni orang ramai berebut-rebut untuk mencari kekayaan melalui jalan pintas.

Apa gunanya kalau beli makanan yang berharga murah, tetapi yang menjadi mangsanya kucing kan? Oleh itu, sebaiknya selidik dan teliti dahulu sesuatu produk makanan itu sebelum diberi pada si meow.

 

[Sumber]: hmetro

 

Baca: Kucing Ini Ditinggalkan Selama 2 Bulan Terpaksa Makan Kertas Demi Teruskan Hidup

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *