Berkat Jaga Kucing Dalam Kereta Selama 2 Bulan, Pakcik 75 Tahun Ini Direzekikan Rumah );

Type to search

Cerita Haimeow

Berkat Jaga Kucing Dalam Kereta Selama 2 Bulan, Pakcik 75 Tahun Ini Direzekikan Rumah

Share
pakcik

Perasaan sayangnya pada kucing, hingga sanggup membelanya walaupun serba kekurangan, seorang warga emas berusia 75 tahun tidak kisah menjaganya walaupun tinggal di dalam kereta selama dua bulan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustaz Ebit Lew (UEL), beliau terkejut dan sebak apabila mendapat tahu pakcik tersebut sudah menginap dalam kereta di bawah jejantas berhampiran Pasar Sentral, Kuala Lumpur.

duduk dalam kereta
©Ebit Lew / Facebook
©Ebit Lew / Facebook

Antara perkongsian Ustaz Ebit Lew,

“Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pak cik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pak cik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.

“Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.

Artikel berkaitan: (Video) “Mohon doakan bapak..” – Ustaz Ebit Lew Pohon Doakan Kesihatan Bapa, Kini Hidap Kanser Perut Peringkat Akhir

Artikel berkaitan: Pemuda Ini Sanggup Jadikan Ruang Boot Keretanya Sebagai Stor Makanan Kucing, Untuk Beri Mereka Makan

©Ebit Lew / Facebook

“Pak cik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil. Pak cik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pak cik.

“Ini berkat pak cik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.”

©Ebit Lew / Facebook
©Ebit Lew / Facebook
©Ebit Lew / Facebook
©Ebit Lew / Facebook

Bayangkan bagaimana sukarnya keadaan pakcik ini, tinggal di dalam kereta yang terletak bawah jejantas sambil ditemani oleh kucing-kucing yang setia berada di sampingnya.

UEL kemudiannya menghadiahkan pakcik tersebut sebuah rumah sewa bagi meneruskan kehidupan serta menempatkan kucing-kucingnya ke kawasan yang lebih selesa.

Beliau juga turut menemani pakcik tersebut membeli makanan kucing serta keperluan asas seperti peti ais dan mesin basuh bagi melangsungkan kehidupan seperti sedia kala.

“Semoga pakcik ini sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tambah UEL.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!